STATUS perkahwinan antara maklumat peribadi yang selalu ditanya kepada bakal pekerja ketika proses temuduga.
Terdapat majikan cenderung mengambil pekerja yang masih bujang kerana mempunyai persepsi berbeza dari segi komitmen terhadap staf yang sudah berkahwin dan mempunyai anak.
Seperti pengalaman dilalui oleh seorang wanita, dia mendakwa disindir oleh pengurusan sumber manusia (HR) yang menganggap dia menipu ketika ditemuduga.
Golongan wanita bekerja untuk meningkatan pendapatan keluarga. -Gambar hiasan
"Saya temuduga ketika bujang, selepas sebulan bekerja saya berkahwin. Saya tak beritahu HR nak kahwin ketika temuduga.
"HR cakap kalau tahu nak kahwin mereka tak kan ambil saya bekerja. Sebab nanti asyik mengandung dan ambil cuti bersalin," katanya.
Bagaimanapun katanya, ramalan HR syarikatnya itu sama sekali salah apabila selepas tiga tahun dia masih tidak hamil.
ARTIKEL BERKAITAN: Lucu tapi benar, HR siasat aduan kentut di pejabat... Rakan sekerja terus insaf, gurauan dipandang serius
ARTIKEL BERKAITAN: Gadis datang temuduga mengaku enggan belajar, tak suka latihan industri... Orang HR terkejut, calon hanya minat main game
"HR tu yang tiap-tiap tahun mengandung dan habiskan cuti bersalin," katanya.
Dia berkata demikian untuk berkongsi pandangannya dengan seorang wanita lain yang sering ditanya sama ada dia mempunyai anak atau tidak ketika temuduga.
"Setiap temuduga yang saya pergi, bukan hanya satu atau dua, tapi semua temuduga, saya akan diajukan soalan tentang 'adakah anda mempunyai anak'.
"Saya jawab ya dan soalan seterusnya pasti adalah 'jadi, siapa yang akan menjaga anak anda semasa anda bekerja?," katanya.
Lelaki juga ditanya soalan yang sama. Dia takut kita angkut anak pergi kerja la tu.
NETIZEN
Menurut wanita itu, soalan sedemikian amat jarang diajukan kepada golongan lelaki kerana kebiasaannya wanita lebih banyak terlibat dalam penjagaan anak.
Perkongsian kedua-dua wanita itu ternyata dipersetujui warga maya lain yang pernah berdepan situasi yang sama.
Reaksi netizen
"Saya pun pernah kena tapi dah lama pada 2009. Mereka tanya saya ada perancangan nak kahwin atau tidak. Saya cakap dah bertunang sebelum mereka tanya tunang kerja di mana.
"Ya, lelaki juga ditanya soalan yang sama. Dia takut kita angkut anak pergi kerja la tu.
"Saya pernah dapat HR yang berterus terang, dia kata mereka tak nak ambil perempuan berkahwin kerana nanti akan ada isu anak sakit, MC dan EL.
"Jadi jika mereka ambil saya, dan perkara itu terjadi mereka aku suruh saya berhenti. Allah nak tunjuk hari sepatutnya saya lapor diri, anak sakit. Terus saya telefon cakap tak nak kerja," demikian antara komen netizen.