PENYANYI Liza Hanim meluahkan rasa kurang senang apabila masih ada pihak memperlekehkan kejayaan anaknya, Marsya Qistina sebagai juara program realiti Talk To My Manager (TTMM) musim pertama.Enggan mendedahkan individu dimaksudkan, Liza, 46, bagaimanapun mengingatkan pihak berkenaan agar lebih menjaga tutur kata. "No komen. Saya hanya cakap satu perkara saja, apa yang keluar daripada mulut kita adalah cerminan diri sendiri. Luahan Liza yang dimuat naik di Instastory miliknya."Saya ucapkan selamat berjaya kepada semua peserta. Fokus pada diri sendiri, tak perlu cakap apa-apa. Perjalanan masih panjang, setiap orang ada target dan pencapaian yang kita mahukan. "Kita tidak boleh nak pukul rata. Baik kita fokus pada diri sendiri daripada nak cakap fasal orang lain," katanya ketika dihubungi mStar. Sebelum itu, Liza menerusi Instagram memuat naik satu hantaran meluahkan rasa kurang senang apabila mengetahui ada individu bercakap buruk mengenai anaknya di media sosial.ARTIKEL BERKAITAN: Anak dianggap tak menyerlah lepas TTMM, Liza Hanim kecewa Marsya jadi sasaran kecaman netizenARTIKEL BERKAITAN: Liza Hanim letak syarat pembuli wajib bersemuka mohon maaf… “Jadilah seperti lelaki”Dakwanya individu terbabit membuat siaran langsung dengan mengeluarkan kenyataan mengecilkan Marsya meskipun bergelar juara program berkenaan."Wow terlalu dekat FYP, ada yang tengah live cakap macam ini 'yang juara pun ada yang tak ke mana, biar I juara di hati anda saja'. Tak mengapa husnuzon saja. No komen. Saya hanya cakap satu perkara saja, apa yang keluar daripada mulut kita adalah cerminan diri sendiri. LIZA HANIMPENYANYI"Sebab inilah saya tak gemar nak rapat, luar senyum tapi dalam hati akan keluar juga di 'live' tentang kebenarannya," tulisnya. Untuk info, Liza pernah berkongsi mengenai situasi Marsya yang didakwa dibuli di media sosial selepas ada pihak mempertikaikan kredibilitinya sebagai juara TTMM musim pertama. Menurut Liza, dakwaan kononnya anaknya kurang menyerlah tidak sepatutnya timbul memandangkan Marsya kini sedang berusaha mengimbangi kerjaya seni dan jadual kuliah.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!