suria

Vida ada persamaan dengan Azar Azmi, tersilap pilih pasangan hidup

Vida kagum dengan sifat dimiliki Azar.

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Vida berkata dia tergerak hati untuk membantu pelakon Azar Azmi sebelum nama aktres itu tular dengan pelbagai isu peribadi.

Menurut Vida atau Hasmiza Othman, 55, dia berminat untuk mengenali pelakon itu selepas melihat Azar berkongsi cerita di aplikasi TikTok.

"Saya memang ada ‘sixth sense’. Sebelum dia viral lagi, saya sudah nampak dia di TikTok dan terus rasa nak cari dia.

Azar dan Vida saling membantu dalam perniagaan.

"Ketika berada di Kuala Lumpur, saya hubungi pengurusnya. Petang kami berbual dan malam itu juga kami terus buat siaran langsung bersama," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Vida mengakui keperibadian Azar yang dianggap seorang yang jujur dan berperwatakan lurus menjadi faktor aktres itu dimurahkan rezeki.

Malah, dia dan Azar mempunyai pengalaman hidup hampir sama dalam memilih pasangan.

ARTIKEL BERKAITAN:  Kasihan tengok ‘handphone’ Azar Azmi dah retak teruk, Vida hadiahkan iPhone 17 Pro Max bersama ‘casing’ mahal

ARTIKEL BERKAITAN: Vida ada 20 rumah menurut pakar ‘feng shui’, nilai hartanah cecah RM50 juta

"Bila saya tengok dia, saya faham kenapa rezekinya mencurah-curah sekarang. Dia seorang yang lurus, ikut sahaja dan sentiasa bersangka baik.

"Dia mudah ikut kata orang. Saya ada tanya kenapa pilih untuk berkahwin dengan duda anak tujuh. Dia jawab, mungkin itu sudah ditakdirkan. Dia memang reda dengan ketentuan hidup.

"Melihat kesedihan Azar, dia juga seperti saya, pernah tersalah memilih pasangan dan tidak berfikir panjang," katanya lagi.

Meskipun terdapat pelbagai cerita kurang enak mengenai aktres tersebut namun Vida memilih untuk tampil membantu.

Vida mahu terus membantu Azar.

Disebabkan itu juga, Vida bermurah hati menghadiahkan telefon bimbit buat Azar agar dapat membantunya mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak.

"Saya lebih optimis selepas empat hari bersama dia. Saya nampak bakat dia berniaga, maka saya bantu dengan berikan telefon bimbit.

"Kalau dia kurang tawaran berlakon, dia masih boleh berniaga dan jana pendapatan secara online. Saya harap rezeki yang akan datang untuk dia nanti juga akan memberi manfaat kepada saya," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain