PELAKON Janna Nick tampil membela diri susulan dakwaan kononnya dia mencipta akaun palsu di aplikasi Thread bagi membuat aduan terhadap seorang kru penerbangan.Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 31, menafikan tuduhan tersebut dan menjelaskan dia kini berada di Jepun, bukannya di United Kingdom (UK) seperti yang didakwa. "Wei aku dekat Jepun ini. Dari 13 hari bulan aku dah gerak ke China. Macam mana pula boleh create akaun palsu dari UK?Janna anggap tuduhan tersebut tak berasas."Dah cakap, korang ini senang percaya fitnah dunia, tapi tak sedar. Dah kenapa pula aku nak buat akaun palsu? Tak gigihlah aku," katanya menerusi satu hantaran di Thread.Dalam masa sama, Janna turut menafikan dakwaan kononnya dia mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah syarikat penerbangan."Airline mana aku nak saman pun aku tak tahu. Nak sebut dialog ‘I nak saman airline’, bunyi macam dialog drama slot Akasia sangat.ARTIKEL BERKAITAN: “Awak sombong sis”… Janna Nick tidak melatah individu dedah pengalaman tak best bertemu dirinyaARTIKEL BERKAITAN: “Bukan sombong, tapi insecure!” – Janna Nick anggap diri selekeh, segan jumpa orang luar"Lantak koranglah nak percaya cerita-cerita ini semua," ujarnya.Sebelum ini, seorang individu yang merupakan kru penerbangan mendakwa seorang selebriti bersikap sombong dan sukar bertolak ansur ketika pesawat yang dinaiki mengalami masalah teknikal.Susulan itu, muncul sebuah akaun Thread yang dipercayai palsu membuat aduan kepada syarikat penerbangan berkenaan agar tindakan diambil terhadap kru terbabit. Lebih menguatkan nama aktres tersebut apabila akaun itu juga didakwa dicipta di UK.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!