suria

Teringat kisah lalu, Nuha Bahrin luah rindu ‘Malam-Malam’... Beranikan diri keluar daripada zon selesa

Nuha beri kelainan dalam lagu baharu.

MENGAMBIL inspirasi daripada kisah peribadi, penyanyi Nuha Bahrin tampil dengan sebuah lagu baharu berjudul Malam-Malam yang juga merupakan ciptaannya sendiri.

Menurut Nuha atau Nuha Sakina Saiful Bahrin, 26, karya ini menjadi luahan batinnya yang menggambarkan perasaan yang pernah dilalui sebelum ini.

"Saya relate dengan lagu ini bila teringat versi diri yang lama. Waktu malam selalunya membuatkan saya berfikir dan mengingat semua kesilapan serta rasa rindu pada diri sendiri yang dulu. Seorang yang lebih yakin dan lebih carefree.

Nuha luah emosi dalam lagu. 

"Kadang-kadang kita lupa bagaimana untuk tidak terlalu peduli dengan pandangan orang lain, dan saya sangat merindui perasaan itu," katanya.

Bagi menyampaikan maksud dalam lagu ini, Nuha juga mengetengahkan cara nyanyian yang berbeza dengan keseimbangan emosi.

Melengkapkan lagi naratif lagu ini, muzik video Malam-Malam mengetengahkan konsep visual yang puitis dan penuh simbolik, mengisahkan seorang wanita yang terperangkap dalam kenangan cinta masa lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedang kenal hati budi, Nuha Bahrin belum sedia dedah identiti ‘Y’ 

ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat menyanyi di majlis konvokesyen sendiri tercapai, Nuha Bahrin tamat pengajian dengan kelas pertama

"Saya cuba mengeluarkan rasa rindu itu dengan cara yang lebih raw dan jujur. Jadi dalam penyampaian, saya seimbangkan kelembutan dengan sedikit emosi supaya pendengar benar-benar dapat merasai kekosongan itu," ujarnya.

Lebih istimewa lagi, Nuha bekerjasama dengan komposer Ezra Kong menerusi projek Mimpi yang memberi peluang kepada penulis baharu untuk berkongsi karya mereka.

Penyanyi ini juga mengambil langkah berani untuk keluar dari zon selesa dengan gabungan muzik baharu.

Lagu baharu Nuha tampilkan sisi berbeza dalam muzik. 

"Proses ini sangat membuka ruang untuk meneroka benda baharu. Nuha belajar untuk tidak takut keluar dari zon selesa.

"Gabungan bunyi Arab, Sepanyol dan Melayu dalam lagu ini sangat berani serta memberi inspirasi," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain