TANPA berselindung, penyanyi Nuha Bahrin mengakui sedang mengenali hati budi seorang jejaka yang berjaya menambat hatinya.
Nuha atau Nuha Sakina Saiful Bahrin, 25, bagaimanapun menjelaskan hubungan dengan lelaki dikenali sebagai ‘Y’ itu masih lagi diperingkat awal.
“Berkawan... Kenal-kenal dahulu,” katanya ringkas kepada mStar.
Nuha belum bersedia kongsi mengenai jejaka Y.
Dalam pada itu, Nuha berkata, mereka berkenalan ketika sama-sama menjayakan penggambaran sebuah muzik video lagunya.
Malah penyanyi itu juga belum bersedia mendedahkan identiti jejaka bertuah itu kepada umum kerana hubungan itu masih baru.
“Kami baru kenal. Perkenalan disebabkan penggambaran muzik video.
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi duet dengan Naufal Azrin, Nuha Bahrin mahu fokus projek solo
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada cinta di hati Nuha Bahrin, anggap Naufal Azrin macam abang sendiri
“Kalau kawan-kawan boleh keluar samakan?,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Nuha dalam proses menghasilkan lagu terbaharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Katanya, dia masih memilih menyanyikan lagu dalam Bahasa Arab kerana seronok mempelajari bahasa itu.
Nuha teruja berkongsi perkembangan terkini dirinya.
“Insya-Allah saya akan keluarkan lagu baharu sama ada selepas hari raya atau Ramadan nanti. Tapi dalam masa terdekatlah.
“Saya sebenarnya seronok mempelajari dan menyanyi lagu bahasa Arab.
“Saya rasa peminat pun seronok sama jadi tak salah jika ia gembirakan semua orang," luahnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!