suria

[V] Penceraian bakal buat anak-anak merana, Hafiz Suip sanggup buat apa sahaja demi mereka

PENYANYI Hafiz Suip berjanji tidak akan mengabaikan anak-anaknya jika dia dan isteri bercerai kelak.

Sedar penceraian itu bakal memberi kesan besar, Hafiz, 35, berdoa agar anak-anaknya dapat menerima dan memahami situasi dialami oleh keluarga mereka.

“Saya tidak nafikan memang anak-anak saya akan terseksa dengan penceraian ini. Saya beritahu mereka kerana lambat laun nanti mereka akan tahu juga.

“Saya doakan yang terbaik dan saya mahu anak-anak tahu saya masih lagi bapa mereka.

Hafiz hanya mampu doakan yang terbaik untuk anak-anak.

Hafiz hanya mampu doakan yang terbaik untuk anak-anak.

“Saya terlalu sayangkan mereka, sekiranya apa-apa terjadi saya sanggup melakukan apa sahaja untuk mereka," katanya kepada mStar.

Hafiz berkongsi perkara itu ketika ditemui pada program Mega Live AJL39 yang diadakan di Tanamekar The Hills, Petaling Jaya, Selangor pada malam Sabtu.

Dalam pada itu, Hafiz memberitahu dia masih suami kepada Nureffy Jasreel Abdullah meskipun sudah tidak lagi tinggal bersama.

Kata Hafiz, dia menerima ujian yang diberi Allah SWT dengan reda dan mengharapkan sokongan daripada keluarga dan peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Suip mengaku dalam proses bercerai, sedia lepaskan isteri cara baik

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan sembang macam kenal aku” - Dituduh abai tanggungjawab, Hafiz Suip terhibur komen netizen tentang rumah tangganya

"Saya masih lagi suami orang cuma kami sudah tidak duduk sebumbung kerana dalam proses penceraian.

"Ini adalah ujian saya kena terima dengan hati terbuka. Saya tahu ia akan berat tetapi saya belajar untuk bersyukur walaupun dilanda ujian,” ujarnya.

Sebelum ini, menerusi temu bual bersama program hiburan Melodi, Hafiz mendedahkan dia dan isteri kini dalam proses penceraian.

Saya doakan yang terbaik dan saya mahu anak-anak tahu saya masih lagi bapa mereka.

HAFIZ SUIP

PENYANYI

Untuk rekod, Hafiz mendirikan rumah tangga dengan Nureffy pada 14 Mei 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 8, dan Muhammad Alkaf Zayna, 5 tahun.

Dalam perkembangan lain, Hafiz bakal berentap di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang akan berlangsung pada 16 Februari ini di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Hafiz berharap anak-anak dapat memahami keputusan perpisahan dia dan isteri.

Hafiz berharap anak-anak dapat memahami keputusan perpisahan dia dan isteri.

Kemunculan Hafiz antara yang menjadi perhatian peminat peminat, malah ramai menjangkakan penyanyi berkenaan akan memberi saingan sengit untuk kategori Vokal Terbaik.

"Sebenarnya harapan tinggi memberikan tekanan besar buat saya. Ada juga netizen cakap tolong kalahkan Aina Abdul dan Ernie Zakri.

"Saya ambil usikan ini sekadar untuk memeriahkan AJL39 tetapi sebenarnya inilah debaran dan kemeriahan AJL.

"Bagi saya, ini merupakan satu persaingan secara sihat tetapi tidaklah sampai bermasam muka," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain