ANAK pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Danisha Hakim menerima Anugerah Modal Insan selain cemerlang dalam peperiksaan akhir tingkatan empat. Norman atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 49, berkata dia dan Abby serta ahli keluarga lain memanjatkan kesyukuran atas kejayaan itu dan berharap Danisha cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti. "Dengan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah, Papa, Mama, Mummy (panggilan Memey) dan Abah (suami Abby) berterima kasih kepada Allah kerana mengurniakan kejayaan yang indah ini. Norman (kanan) bersyukur melihat kejayaan yang diraih Danisha (kiri). "Kami doakan agar awak terus konsisten dan istiqamah dalam mengekalkan kecemerlangan, seterusnya memuncak kejayaan yang lebih cemerlang untuk SPM pada penghujung 2025, insya-Allah," katanya. Norman berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Sabtu. Dalam perkongsian tersebut, Norman turut berkongsi video memaparkan Danisha menerima anugerah pelajar cemerlang bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam. ARTIKEL BERKAITAN: Norman Hakim luah rasa sayang terhadap menantu dan madu anak, kongsi detik kelahiran Marissa dalam kereta ARTIKEL BERKAITAN: Marissa doa pahala ‘transfer‘ dekat bapa, air mata Norman Hakim gugur sudah maafkan anak Danisha juga turut menerima pengiktitrafan sebagai Anugerah Modal Insan. Untuk rekod, Norman mendirikan rumah tangga dengan Abby pada 2022, namun pasangan selebriti itu bercerai pada 2009. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 22, Marissa Dania Hakim, 20, dan Danisha Hakim, 17 tahun. Norman kemudian berkahwin kali kedua dengan pelakon Memey Suhaiza pada September 2011 dan telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 12, Muhammad Dikhriz Hakim, 10, dan Mikayla Delisha Hakim, 7 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!