SELEPAS lima tahun berhijrah, pelakon Zila Bakarin tidak melihat pemilihan faktor pemakaian menjadi pengukur mendapatkan tawaran berlakon. Kata Zila atau Rosmawati Bakarin, 50, setiap manusia sudah ditetapkan rezekinya oleh Allah SWT, dan sebagai umat Islam dia percaya dengan takdir telah ditentukan. "Sebenarnya nak pakai tudung atau tidak, itu adalah hak individu. Kalau kau rasa buka tudung itu untuk dapat job lagi, itu semua rezeki Allah. Zila berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran video di TikTok. "Setiap orang sudah ditentukan rezeki masing-masing. Kalau kita rasa buka tudung itu boleh membuatkan kita dapat banyak job, tengoklah kadang-kadang tidak juga. "Macam inilah, bagi saya kita percaya yang rezeki itu daripada Allah. Saya pun tak pakai tudung dulu. Bila saya mula berhijab, kurang juga dapat job tetapi rezeki Allah tetap ada dengan cara lain," katanya. Zila berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya. ARTIKEL BERKAITAN: Zila Bakarin cerita detik nekad tutup aurat, kepala seperti disiram air sejuk selepas pakai selendang ARTIKEL BERKAITAN: 2 bulan sukar berjalan sampai tidur menonggeng, Zila Bakarin rupanya derita slip disc Dalam pada itu, Zila turut berkongsi pendapat tentang imej seksi yang dibawa oleh segelintir selebriti. Kongsi Zila, masyarakat kini lebih meminati artis wanita yang menutup aurat berbanding berimej mencolok mata. Bagaimanapun, pelakon drama Luruhnya Bunga Cinta menasihati masyarakat agar tidak menghakimi pilihan setiap individu. "Zaman sekarang kalau seksi memang sangat dikecam netizen. Waktu saya dulu tidak mendapat kecaman sangat. Kurang. Zila kini lebih selesa tampil dengan imej menutup aurat. "Sekarang lagi kau bertutup, lagi kau popular. Bila kita menutup aurat lagi orang suka sebenarnya,” katanya. Sebelum ini, Zila pernah berpenampilan seksi namun berhijrah untuk memakai hijab pada 2020. Sejak mula berhijab, aktres berkenaan mengakui kehidupan seharian yang dilaluinya agak berbeza dan semakin tenang. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!