TIADA sebarang penambahan bilangan lagu yang bakal berentap menerusi Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang bakal berlangsung pada 16 Februari ini. Pihak penganjur iaitu TV3 sebaliknya mengekalkan keputusan sebelum ini iaitu hanya 10 buah lagu dipertandingkan pada edisi kali ini. Perkara itu dimaklumkan menerusi sesi siaran langsung Mega Live di TikTok TV3 Malaysia pada malam Sabtu. Hafiz dan Marsha antara finalis AJL 39. Sebelum ini, ramai peminat menjangkakan AJL39 bakal membuat kejutan dengan mengadakan ‘wildcard’ bagi memilih dua buah lagu lagi untuk dipertandingkan. Antara lagu yang disebut-sebut bakal mara ke AJL39 termasuklah Belakang Tabir nyanyian Syamel, Yennode Macha (Zubir Khan), Oh Huminodun (Elica Paujin) dan Panas (Nikki Palikat). Sementara itu, penyanyi Sissy Iman dan pengacara Nazrudin Rahman diumum sebagai hos bersama pada malam kemuncak AJL39 yang akan berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur. ARTIKEL BERKAITAN: Saingan vokal Aina Abdul, Marsha, Ernie dan Nadeera... Ini 10 lagu layak ke AJL39 ARTIKEL BERKAITAN: “Merajuk sehari dua saja...” - Kecewa tak berpanjangan, Syamel dah ‘move on’ gagal ke AJL39 Pentas AJL39 bakal menyaksikan persaingan sengit menerusi lagu dipertandingkan iaitu Aina Abdul (Puas Sudah), Hafiz Suip (Terus Bersinar), Ernie Zakri (Aura), Marsha Milan (Hening Rindu), Nadeera Zaini (Bukan Lagi Kita) dan Hael Hussaini (Diam). Turut sama ke AJL39 ialah Akim And The Majistret (Saksama) Masdo dan Aishah Aziz (Pujaanku), Amir Masdi (Sengaja) selain Benzooloo, Ghidd, Meerfly, MK K-Clique dan Tuju menerusi lagu Risiko. Ernie dan Akim mempertaruhkan karya terbaik mereka untuk AJL 39. Untuk rekod, AJL38 dimenangi oleh Amir Jahari dengan lagu Hasrat, tempat kedua Aisha Retno (Sutera) dan Aina Abdul (Jangan Mati Rasa Itu). Vokal terbaik dimenangi oleh Aina Abdul manakala persembahan terbaik milik Aisha Retno. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!