suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada cinta di hati Nuha Bahrin, anggap Naufal Azrin macam abang sendiri

PENYANYI Nuha Bahrin menyangkal dakwaan dia dan rakan duet lagu Casablanca iaitu Naufal Azrin mempunyai hubungan istimewa.

Nuha atau Nuha Sakina Saiful Bahrin, 23, berkata, Naufal tidak lebih sebagai seorang abang malah sudah menganggapnya sebagai salah seorang ahli keluarganya.

"Saya rasa dia (Naufal) macam salah seorang kawan baik saya dan macam abang... jadi memang tiada hubungan romantik antara kami berdua.

"Sebab saya sudah menganggap dia macam keluarga sendiri sebab kami popular pun sama-sama," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Nuha memberitahu hatinya masih belum dimiliki kerana mahu memberi fokus kepada karier yang sedang berkembang.

"Saya masih single, jangan risau bila tiba masanya (kalau ada teman lelaki) saya akan beritahu semua orang.

"Tapi buat masa sekarang, fokus saya adalah pada keluarga dan karier," ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi