suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Naufal Azrin kesal dituduh sudah berubah sikap selepas popular… Rupanya ibu pernah larang jadi penyanyi

PENYANYI Naufal Azrin tidak mampu menutup mulut orang yang menuduhnya sudah berubah sikap selepas semakin dikenali.

Kata Naufal atau Ahmad Naufal Azrin, 24, dia masih orang yang sama dan tidak pernah berubah walau sedikit pun.

“Pendapat orang kita tak boleh nak sangkal, masing-masing ada pendapat sendiri.

“Macam saya sendiri, saya masih Naufal macam sebelum ini tak berubah pun.

“Kalau orang nak fikir macam itu ikutlah, bukan saya boleh buat apa pun,” katanya kepada mStar

Berkongsi mengenai perjalanan kariernya, penyanyi lagu Casablanca ini mendedahkan sebelum bergelar penyanyi, ibunya tidak merestui kerjaya tersebut.

“Sebenarnya ibu saya tak bagi saya jadi penyanyi, tapi saya tak jadikan itu sebagai kelemahan untuk saya.

“Saya jadikan itu sebagai dorongan untuk saya untuk buktikan pada ibu saya dan sekarang Alhamdulillah ibu dah boleh terima,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi