suria

“Cerita keluarga simpan dalam selimut”… Ashraf Muslim kongsi tip damaikan dua isteri, suami kena tunjuk contoh baik

ISU rumah tangga membabitkan selebriti yang hangat diperkatakan di media sosial hari ini sama sekali tidak menjejaskan keharmonian perkahwinan pelakon Ashraf Muslim.

Kata Ashraf, 42, dia sudah menasihati kedua-dua isterinya iaitu Dr Dayana Lokman (isteri pertama) dan Wan Sakinah Ahmad Saburi (isteri kedua) untuk tidak memberi pandangan atau mencampuri urusan perkahwinan orang lain.

“Apa saja cerita mengenai keluarga ni kalau boleh simpan dalam selimut, jangan buka aib... kalau kita sebarkan di media sosial akan rasa kebaikan untuk diri tapi sebenarnya ia memberi ruang untuk nampak keburukkan diri.

“Bila berlaku isu rumah tangga ini, saya cakap kepada kedua isteri saya... biarlah mereka, jangan ambil tahu sebab perkara ini serba sedikit akan memberikan kesan nanti.

“Sejujurnya, dua isteri saya ada la risau sikit apabila melihat isu pergolakkan rumah tangga begini tapi saya selalu pesan kepada mereka kalau boleh jangan samakan masalah orang dengan kita sebab setiap orang ada masalah yang berbeza,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Ashraf bernikah dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman pada 24 september 2011 di Makkah.

Selepas empat tahun berkahwin, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Anas Ashraf, 7.

Ashraf kemudiannya berkahwin dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand pada 7 Julai 2013 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 8, Adam Ashraf, 7, dan Safiyyah Ashraf, 3.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi