suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isu Sophia Albarakbah bukan ‘marketing’, Bella Astillah tetap sabar walau suami berulang kali terpalit kontroversi

PENYANYI Bella Astillah menafikan dakwaan kononnya kontroversi membabitkan suaminya, Aliff Aziz dengan pelakon Sophia Albarakbah baru-baru ini adalah satu bentuk gimik atau ‘marketing’ bagi mempromosikan drama.

Mengulas mengenai perkara itu, Bella, 29, memberitahu hanya Allah SWT sahaja tahu perkara sebenar dan berharap isu berkenaan tidak berulang lagi.

“Untuk yang kata isu tu marketing... bukan! Takkanlah saya nak perbesarkan perkara itu semata-mata marketing sahaja.

“Lepas itu ada ternampak pihak sana buat kenyataan yang ramai tak tahu kisah sebenar, tidak mengapa sebab pada saya Allah SWT tahu perkara sebenar.

“Apa pun kenyataan dia beri pada wartawan, saya tengok saya senyum sahaja,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Bella sempat mengulas mengenai dirinya yang mudah memaafkan suami sehingga ada yang menyifatkan dirinya kurang bijak.

“Bila ada yang beri komen kata Bella kurang bijak sebab boleh memaafkan banyak kali, saya sebenarnya tak marah sebab kita masing-masing ada hak sendiri. Mereka (netizen) juga ada hak untuk komen,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi