suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Ramai ingat saya mahu jadi P Ramlee” - P Radhi tiru suara kerana minat, akui tiada siapa boleh ganti

MENGIDOLAKAN Allahyarham Tan Sri P Ramlee sejak kecil, penyanyi P Radhi menganggap seniman agung itu merupakan seorang legenda yang tiada pengganti.

Menyedari arwah tiada pengganti, Radhi atau Muhammad Radhi Abd Rahman, 31, berkata dia bukanlah mahu menjadi P Ramlee tetapi mengambil inspirasi perjalanan tokoh seniman itu.

“Saya tak nak jadi P Ramlee sebenarnya, arwah tetap nombor satu tiada siapa boleh ganti seniman itu.

“P Ramlee idola saya walaupun ada yang kata saya tak sama macam dia tapi saya tak marah sebab saya tak pernah kata saya sama macam P Ramlee.

“Walaupun ada juga yang kata sama, saya berterima kasih kerana samakan saya dengan orang yang hebat,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi