suria

Rumah keluarga terkesan banjir, Dewa Arteh terharu Jep Sepahtu ajak masuk ‘live’ TikTok siap bagi ‘gift’ ribuan ringgit

PELAWAK Dewa Arteh terharu apabila pelawak Jep Sepahtu tampil menghulurkan bantuan dengan memberikan gift di TikTok sewaktu keluarganya mengalami dugaan bencana banjir di Kota Tinggi, Johor awal bulan ini.

Dewa atau nama sebenarnya Mohd Hafizul, 27, berkata ini merupakan kali ketiga kawasan kediaman ibunya itu mengalami banjir.

Justeru itu, hasil sumbangan gift yang diberikan dapat digunakan untuk keperluan keluarga.

“Rumah mak saya mengalami bencana banjir, air naik paras lutut... ada barang yang sempat diselamatkan dan ada juga terpaksa dibuang kerana rosak.

“Jumlah kerugian boleh dikatakan ribuan ringgit. Ini merupakan kali ketiga kawasan ini dinaiki air iaitu pada 2006, 2020 dan tahun ini.

“Dalam keadaan saya terkena musibah tu, abang Jep Sepahtu beri bantuan kepada saya menerusi live di Tiktok dengan beri gift, dia jemput saya masuk dalam live dia kemudian bagi gift tu kepada saya... banyak juga kalau dikira semuanya mungkin cecah ribuan ringgit juga,” kata Dewa kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi