suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Itu harga saya… You nak ambil!” - Syanie tegas soal bayaran, tak adil pelakon veteran kena ikut jumlah ‘followers’

PELAKON Syanie tidak bersetuju apabila terdapat segelintir produksi yang mahu membayar artis berpandukan jumlah pengikut di media sosial.

Kata Syanie atau Syaniza Hisham, 49, upah dan bayaran itu sepatutnya dinilai daripada pengalaman dan bukanlah jumlah pengikut kerana pada zaman mereka dahulu belum wujud media sosial.

“Saya tak suka apabila sekarang kalau ada produksi nak panggil berlakon mereka lihat jumlah pengikut di media sosial.

“Itu tidak adil untuk artis veteran, cuba bayangkan kalau 30 tahun lepas sudah ada media sosial... bayangkan pengikut saya sekarang banyak mana.

“Saya sepatutnya dinilai mengikut pengalaman saya dan bukan melihat jumlah pengikut media sosial saya,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi