suria

Isyariana cari calon suami pendiam dan berduit, tak mahu nanti tanggung ‘biawak hidup’

PELAKON Isyariana tidak melihat pendiriannya meletakkan beberapa krtiteria tertentu dalam mencari calon suami terbaik termasuk mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh sebagai satu kesalahan.

Isyariana atau Isyariana Che Azmi sebaliknya berkata, wang adalah salah satu faktor penting dalam memastikan sesebuah rumah tangga yang dibina bukan sahaja bahagia tetapi kukuh.

"Pemalu itu memang salah satu kriteria yang saya mahukan tapi selain daripada itu calon suami mesti mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh sebab kalau tiada duit rumah tangga yang dibina mungkin tidak akan bahagia.

"Walaupun saya ada sumber kewangan sendiri tapi saya mahu suami ada kriteria itu supaya dapat memberi satu jaminan bukan sahaja kepada saya tetapi keluarga yang bakal kami bina nanti.

"Dengan ekonomi sekarang ia perlu menjadi salah satu faktor untuk seseorang itu hidup dengan kita, tak akan pula saya nak tanggung biawak hidup?," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Isyariana pernah menjadi perhatian apabila memberitahu mencari calon suami pendiam dan bukan dalam kalangan selebriti.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi