suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mencabar berlakon bulan Ramadan, Nadhir kurangkan ‘job’ untuk fokus ibadah… “Kerja bila-bila boleh”

PELAKON Nadhir Nasar memberitahu dia bakal memperlahankan karier lakonannya untuk bulan Ramadan ini.

Nadhir atau nama sebenarnya Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 27, berkata ia bertujuan untuk mendekatkan diri dengan tuhan serta dapat mengerjakan ibadah puasa sebaik-baiknya.

“Sebenarnya ramadhan ni Nadhir nak fokus kepada lakukan perkara seperti manusia biasa bukan sebagai pelakon, maksudnya mengerjakan ibadah sebab bulan mulia kan.

“Untuk tawaran berlakon tu bukanlah saya tolak semuanya cuma saya ada beritahu kepada pihak pengurusan untuk berikan saya cuti dalam beberapa hari dalam bulan Ramadan supaya dapat tunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam.

“Lagipun penat sebenarnya bila shooting dalam bulan Ramadan ni, saya ingat lagi naskah saya iaitu Air Mata Tanggang dan Nusyuz Berkiblat Cinta... dua naskah ni memang saya berikan sepenuhnya tenaga dan penat sangat,” kata Nadhir kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi