ANGGOTA kumpulan nasyid UNIC, Dr. Fitri Haris menjelaskan perkongsiannya mengenai pengalaman pernah diganggu oleh seorang ustaz dan individu berpangkat datuk bukanlah bertujuan untuk menimbulkan sensasi.
Kata Fitri atau Mohamad Fitri Mohamad Haris, 41, pendedahan itu dibuat sebagai langkah mempertahankan diri serta memberi kesedaran kepada masyarakat.
Fitri memberitahu perkongsiannya itu hanya sebagai satu bentuk kesedaran agar lebih ramai mangsa gangguan seumpama itu tampil bersuara.
"Perkongsian saya itu niatnya bukan untuk viral tetapi untuk mempertahankan diri.

Perkongsian Fitri sebelum ini menarik perhatian ramai.
"Bila saya berkongsi saya berharap orang yang mengganggu saya itu tidak lagi berbuat demikian kerana kami bercakap seperti biasa, cuma kadang-kadang mesej diberikan agak keterlaluan.
"Saya rasa tidak salah dengan perkongsian itu kerana sekadar satu kesedaran kepada masyarakat bagi orang cakna supaya lebih ramai mangsa akan bersuara," katanya kepada mStar.
Fitri berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Konsert Countdown KITA 2026 yang diadakan di Studio 1, Astro Bukit Jalil pada malam Selasa.
Dalam pada itu, Fitri memberitahu, sehingga kini dia masih menerima gangguan daripada golongan gay walaupun sudah membuat pendedahan di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak terkejut golongan berjawatan ditahan kes spa luar tabii, Fitri UNIC dedah pernah jadi mangsa gangguan… “Dia tanya saya open minded tak?”
ARTIKEL BERKAITAN: Spa luar tabii diserbu! Pakar bedah, timbalan pendakwa raya antara penjawat awam ditahan
"Apa yang mengejutkan, selepas saya berkongsi perkongsian itu, saya masih lagi diganggu sehingga sekarang.
"Saya menerima mesej yang memberi amaran, ugutan, mencarut dan ada yang nak mengorat serta hantar mesej lucah.
"Mereka menghantar mesej di WhatsApp nombor bisnes saya. Memang sangat-sangat berani," ujarnya.
Meskipun menerima pelbagai mesej melampau, Fitri menegaskan beliau tidak berhasrat mendedahkan identiti mana-mana individu terlibat.
Kalau berlaku lagi sudah tentu akan buat laporan polis atas kesalahan gangguan seksual.
DR FITRI HARIS
ANGGOTA KUMPULAN UNIC
Fitri turut menegaskan selagi gangguan itu tidak melibatkan sentuhan fizikal, pendedahan yang dibuat memadai sebagai peringatan.
"Bagi saya tiada keperluan untuk saya dedahkan identiti mereka kerana itu antara saya dan dia.
"Perkara ini adalah satu aib, mungkin keluarganya tidak tahu atau dia tersalah langkah dan ada peluang untuk berubah," jelasnya.
Mengulas lanjut, Fitri berkata situasi yang dihadapi masih dapat dikawal, namun dia tetap berhati-hati dan berharap individu terbabit menyedari kesalahan mereka.
"Keadaan sekarang masih lagi terkawal, cuma kita kena berhati-hatilah.
"Saya berharap dengan perkongsian dibuat individu terbabit sedar bahawa kelakuannya itu tidak betul.

Fitri mengakui diganggu lelaki gay bergelar ustaz.
"Serbuan baru-baru ini diharapkan dapat menjentik hati untuk berubah. Semua orang berhak untuk berubah," katanya.
Sebelum ini, Fitri mendedahkan pernah diganggu golongan gay oleh seorang ustaz dan individu bergelar datuk susulan isu penahanan 201 pengunjung dalam serbuan ke atas sebuah spa di Jalan Raja Laut baru-baru ini.
Kongsi Fitri, pengalaman itu membuatkan dia tidak terkejut apabila ada golongan profesional dan berjawatan terlibat dalam salah laku moral.
Menurutnya, ustaz terbabit pernah menghantar soalan berbaur lucah sebelum mengirim gambar tidak senonoh.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


