BEKAS isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek meluahkan rasa terharu apabila menerima sokongan padu daripada pelbagai pihak termasuk rakan-rakan selebriti selepas melalui fasa perpisahan.
Dr Afifah atau lebih mesra dengan panggilan Dr Fie, 35, memberitahu kata-kata semangat dan pengalaman yang dikongsi oleh mereka memberi kekuatan baharu buat dirinya supaya bangkit sebagai ibu tunggal.
“Alhamdulillah, ramai selebriti yang hubungi saya. Antaranya Diana Danielle, Bella Astillah dan Adira Suhaimi. Mereka banyak berkongsi pengalaman serta menasihati saya supaya kekal tenang.

Dr Fie dan Nubhan bercerai talak dua.
"Sokongan ini membuatkan saya rasa lebih kuat,” katanya kepada mStar.
Menurutnya, hubungan antara dia dan Nubhan masih berada dalam keadaan baik demi memastikan kebajikan tiga anak mereka terus terjaga.
“Kami masih boleh berkawan, itu yang saya harapkan. Demi anak-anak, kami tidak perlu bermasam muka,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Ramai ibu tunggal mampu bertahan, saya akan cuba belajar perlahan-lahan” - Dr Fie
ARTIKEL BERKATAN: [V] Nubhan, Dr Fie sah cerai talak dua, 10 tahun mahligai dibina musnah
Dalam pada itu, Dr Fie tidak menolak kemungkinan untuk menceburi bidang seni jika menerima tawaran yang sesuai suatu hari nanti.
“Saya terbuka, tetapi semuanya bergantung kepada kesesuaian imej dan profesion saya sebagai doktor gigi,” katanya.
Pada Selasa, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan Nubhan melafazkan cerai talak dua terhadap Dr Afifah.

Fie tidak mahu bersedih terlalu lama.
Menurut peguam yang mewakili penyanyi itu, Mohd Redzuan Ramli, lafaz cerai pertama berlaku pada 19 Januari 2017 sebelum pasangan itu rujuk pada 21 Januari 2017, manakala lafaz cerai kedua berlaku pada 26 Ogos lalu.
Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8; Ahmad Aaffan, 6; serta Afzan Nayille, 3 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


