suria

[V] Lorenzo Irmann akur MV Dolla diturunkan… “Cuma kesal tak dapat nak tengok lagi”

PELAKON Lorenzo Irmann akur apabila muzik video (MV) Question nyanyian kumpulan Dolla yang menampilkan dirinya terpaksa diturunkan demi menghormati sensitiviti masyarakat di negara ini. 

Kata Lorenzo atau Lorenzo Irmann Farhan, 21, dia berasa sedikit terkilan namun menghormati keputusan pihak berwajib yang menjalankan tanggungjawab mereka untuk memberi teguran. 

“Kita juga tak boleh nak endahkan pandangan orang lain. Hal ini pun berkait dengan agama. Malah, pihak berwajib ada memberikan komen kerana perkara ini sudah sampai ke pengetahuan mereka.

“Hal ini juga sudah menjadi isu besar dan tindakan yang mereka ambil itu memang di luar bidang kuasa pihak label (Universal Music), Dolla dan saya.

Lorenzo terbuka menerima keputusan pihak berwajib.

“Cuma saya rasa agak kesal kerana tak dapat nak tengok lagi muzik video itu. Apapun, kita tetap kena hormat keputusan pihak berwajib. Itu paling penting,” katanya kepada mStar. 

Lorenzo berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Konsert Countdown KITA 2026 yang diadakan di Studio 1, Astro Bukit Jalil pada malam Selasa.  

Bercerita mengenai proses pembikinan muzik video itu, Lorenzo berkata projek tersebut adalah antara penggambaran paling intensif pernah dilakukannya.

“Ia hasil kerja saya dari malam hingga ke pagi. Siapa sahaja tak penat bila bekerja. Lagipun, projek ini merupakan comeback daripada Dolla setelah sekian lama.

ARTIKEL BERKAITAN: Kontroversi MV Question, netizen cadang Dolla ‘angkat kaki’, cuba nasib di luar negara

ARTIKEL BERKAITAN: Muzik video Question nyanyian Dolla diturunkan, Universal Music hormat sensitiviti masyarakat

“Peminat juga memang sangat menantikan muzik video terbaharu mereka. Bila siap penggambaran, hasil akhirnya sangat cantik. Pada saya, visualnya sempurna.

“Namun, kita tidak boleh nak menafikan, dalam setiap perkara yang hampir sempurna, pasti ada khilafnya yang kita sendiri mungkin tak sedar,” ujarnya. 

Ditanya sama ada tindakan menurunkan video tersebut dianggap berlebihan, Lorenzo berpandangan setiap yang berlaku boleh dijadikan peluang untuk memperbaiki kelemahan pada masa depan.

“Dalam grup tersebut ada seorang sahaja yang berbangsa Melayu dan dua orang lagi pula berbangsa Cina. Tabby dan Angel mungkin lebih bebas untuk berpakaian.

MV Dolla berjudul Question sempat mencetus kontroversi. 

“Saya rasa soal penyediaan pakaian ini bukan mereka yang tentukan. Segalanya sudah disediakan. Mungkin mereka diberikan pakaian yang dirasakan sesuai.

“Saya rasa tiada pihak pun yang salah cuma mereka perlu lebih berhati-hati. Ambil iktibar dengan apa yang berlaku,” katanya. 

Sebelum ini, pendakwah Ustazah Asma' Harun secara terbuka menegur anggota kumpulan Dolla iaitu Sabronzo, Tabby dan Angle mengenai MV mereka yang dianggap keterlaluan daripada segi pemakaian. 

Akur dengan teguran itu, syarikat pengurusan Dolla, Universal Music Malaysia bertindak menurunkan semula MV tersebut di semua platform digital.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia