suria

Kaki kanan dipotong hingga paras lutut, Mama Rina tengah fikir cari kerja lain… “Saya anggap ini cara Allah nak hapus dosa”

Rina kini masih menerima rawatan di hospital.

PESERTA program Akademi Fantasia musim ke-6 (AF6), Mama Rina akur apabila kaki kanannya terpaksa dipotong hingga paras lutut akibat masalah diabetes yang dialami.

Kata Rina atau Hairini Abdul Halim, 62, bahagian tapak kakinya mula membengkak sejak beberapa bulan lalu selepas dia terseliuh ketika sedang bekerja.

“Tiga bulan lalu saya terseliuh dan selepas itu keadaan jadi semakin teruk. Bahagian kaki jadi hitam, rasa sakit mencucuk-cucuk.

Keadaan kaki Rina yang bengkak (kiri) sebelum dipotong. 

“Memang rasa down bila doktor beritahu perlu potong kaki. Selepas ini, susah untuk saya bawa kereta mencari rezeki.

“Namun saya anggap ini adalah cara Allah nak hapus dosa. Setiap dugaan pasti ada sebabnya. Saya perlu kuat berdepan ujian ini,” katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Rina selesai menjalani pembedahan membuang separuh bahagian kaki kanannya di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Kuala Lumpur pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Mama Rina (AF6) tak tahu ada kencing manis, dua jari kaki kena potong gara-gara tersepak tong gas 

ARTIKEL BERKAITAN: Mama Rina (AF6) Jual Kereta, Naik Bas Cari Rezeki

Menurut Rina, pada awalnya niat untuk datang ke Kuala Lumpur hanya untuk mendapatkan rawatan selain mahu meminta bantuan, namun dia tidak menyangka pembedahan perlu dilakukan segera.

“Saya sudah dapatkan rawatan di Johor Bahru, kemudian ada kawan cadangkan untuk datang ke Kuala Lumpur. Apabila buat pemeriksaan, doktor kata bahagian kaki saya sudah teruk dan disebabkan itu kena jalani pembedahan segera.

“Alamat asal saya juga dari Selangor, jadi mungkin di sini boleh mudahkan urusan saya dapat bantuan mana-mana pihak berwajib,” ujarnya.

Meskipun kini hilang upaya untuk bergerak, Rina tidak pernah patah semangat untuk terus bekerja dan berharap agar luka pembedahan segera sembuh.

Rina sebelum ini menjalani pembedahan membuang jari kaki. 

Dia dalam masa sama juga tidak malu untuk memohon bantuan mana-mana pihak yang sudi berkongsi rezeki untuk meneruskan hidup.

“Saya tetap akan fikir cari kerja lain. Kalau dalam keadaan ini saya boleh memandu, saya akan tetap bekerja. Semoga segera sembuh untuk saya fikir kerja apa yang boleh buat.

“Jika ada yang mahu hulurkan bantuan, saya terima dengan hati terbuka. Dapatlah menampung kehidupan sementara saya sembuh,” luahnya.

Dalam temu bual bersama mStar pada tahun 2023, Rina berkongsi bahawa dia pernah menjalani pembedahan membuang dua jari kaki kiri selepas mengetahui dia menghidap masalah diabetes.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain