PELAKON Datin Elvina Mohamad terpaksa melupakan hasrat untuk kembali beraksi dalam dunia lakonan selepas tawaran membintangi sebuah telemovie dibatalkan pada saat akhir.Elvina, 31, menjelaskan keputusan itu dibuat selepas pihak produksi termasuk pengarah, penerbit dan stesen televisyen tetap berkeras mahu dia menjayakan beberapa babak intim yang disifatkannya sebagai keterlaluan. "Kadang-kadang, naluri kita ini betul. Rasa teruja, tapi dalam masa yang sama rasa macam berat (untuk terima). Entahlah, susah nak gambarkan.Elvina sudah lama tidak masuk ke set penggambaran. "Sepatutnya lusa dah nak masuk set penggambaran untuk telemovie. Memang teruja sebab sudah lama tidak berlakon, tapi akhirnya tidak jadi."Pengarah, penerbit dan stesen TV tetap mahu buat babak yang bagi saya agak keterlaluan," tulisnya menerusi aplikasi Threads pada Sabtu.Jelas Elvina, dia sudah cuba bertolak ansur dengan memberikan cadangan lain seperti mengubah suai jalan cerita atau menggunakan teknik kamera.ARTIKEL BERKAITAN: Nama Elvina Mohamad terkait babak panas, netizen kecam adegan atas katil… “Kenapa ambil job ini, dah ada laki kot”ARTIKEL BERKAITAN: [V] Elvina Mohamad tak tahu ada babak ‘panas’, profesional bawa watak SafiraBagaimanapun, cadangan tersebut ditolak sehingga dia membuat keputusan untuk tidak terlibat."Ada babak kena dukung (babak daring), ada satu lagi babak yang saya memang tidak selesa langsung dan agak keterlaluan. Nak cakap pun geli."Bila saya minta untuk tukar skrip atau guna trik kamera, katanya tidak boleh," jelasnya.Enggan menggadaikan prinsip diri, Elvina berkata dia memilih untuk menarik diri selain percaya rezeki dalam dunia lakonan akan datang dalam bentuk lain.Elvina akan kekal dengan pendiriannya dalam lakonan. "Pada akhirnya, saya ada batas sendiri dan ada perkara yang saya tidak selesa untuk lakukan."Jadinya, tidak mengapalah, mungkin watak itu bukan untuk saya. Ada rezeki lain, insya-Allah," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!