SEORANG pengusaha homestay mendedahkan berdepan kerugian apabila kadar tempahan yang diterima tidak mampu menampung kos operasi bulanan.Menerusi perkongsiannya, dia mengakui situasi tersebut menjadi antara titik paling sukar sepanjang mengusahakan perniagaan homestay apabila hanya menerima seorang tetamu dalam tempoh sebulan. Menurutnya, komitmen bulanan yang perlu ditanggung bukanlah sedikit.Antara kos yang perlu dibayar termasuk ansuran rumah sebanyak RM2,500 sebulan, bil utiliti mencecah RM1,000 dan yuran penyelenggaraan sekitar RM500.“Untung memang negatif,” katanya sambil berkongsi beberapa keeping gambar keadaan homestay miliknya.Penggunaan banyak tona warna dan sarat dengan corak menyebabkan pelanggan tidak berminat. -Gambar hiasan AIPerkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang cuba mengenal pasti punca mengapa homestay tersebut kurang mendapat sambutan meskipun kelihatan selesa dan lengkap.Ramai berpendapat aspek hiasan dalaman mungkin menjadi antara faktor utama yang mempengaruhi pilihan pelanggan.Menurut mereka, penggunaan cadar bercorak dan langsir dengan warna yang pelbagai menjadikan suasana homestay kelihatan lebih seperti rumah biasa berbanding penginapan percutian."Tiada apa yang kurang cuma tukar semua cadar kepada warna putih. Langsir pun tukar kepada tona warna yang sama bukan lain-lain warna dan ikat elok-elok," komen seorang individu.Pandangan berkaitan warna cadar itu disokong seorang warga maya yang berpendapat warna putih polos serta tona warna yang seragam bagi mewujudkan suasana lebih eksklusif dan menyerupai hotel."Saya setuju sangat bab cadar tukar putih. Saya selalu cari homestay vibes macam hotel. Yang lain tu saya tengok lawa dah," katanya.Selain itu, terdapat juga netizen yang berpendapat suasana bilik yang terlalu sarat dengan warna dan corak boleh menyebabkan mood bercuti terganggu.Malah ada yang mengakui akan mengelakkan homestay yang menggunakan cadar bercorak kerana lebih gemar konsep minimalis serta bersih seperti yang biasa ditemui di hotel dan resort.Tip untuk pengusaha homestay tingkatkan tempahan1. Gunakan cadar warna putihRamai pelanggan mengaitkan cadar putih dengan kebersihan, keselesaan dan suasana hotel. Ia juga menjadikan bilik kelihatan lebih kemas dalam gambar promosi.2. Pilih tema warna yang seragamElakkan terlalu banyak warna atau corak yang berbeza pada langsir, kusyen dan perabot. Tona warna yang sepadan memberi suasana lebih moden, tenang dan premium.3. Wujudkan ‘hotel vibes’Ramai tetamu memilih homestay kerana mahukan ruang lebih besar, tetapi masih menginginkan pengalaman seperti menginap di hotel. Sentuhan seperti tuala putih, lampu tidur dan dekorasi minimalis boleh membantu.4. Fokus pada gambar promosiGambar adalah perkara pertama yang dilihat bakal pelanggan. Pastikan bilik terang, kemas dan diambil dari sudut yang menarik bagi meningkatkan kadar tempahan.5. Kurangkan dekorasi yang terlalu saratTerlalu banyak corak, warna atau hiasan boleh membuatkan ruang kelihatan sempit dan berselerak. Konsep minimalis sering menjadi pilihan ramai pelancong.