suria

Cuma mampu beri 4 anak, isteri izin suami poligami atas alasan mahu lebih ramai zuriat... Sudahnya mental kena cerai!

Kehadiran orang ketiga boleh menjadi punca keruntuhan hubungan rumah tangga. -Gambar hiasan

RAMAI wanita menolak poligami kerana tidak rela untuk berkongsi kasih seorang suami.

Di TiKTok, seorang wanita tular selepas berkongsi kisah rakan sekerjanya yang kehidupannya mula terganggu selepas menjalani kehidupan bermadu.

Menurut individu itu, rakannya kerap mengadu dia sukar untuk melelapkan mata setiap kali suaminya bermalam di rumah isteri kedua.

poligami (3)

Tak ramai isteri yang mampu menerima poligami. -Gambar hiasan

"Kakak satu pejabat aku, suaminya berpoligami. Dia setuju sebab alasan suaminya munasabah iaitu ingin anak ramai. Sebab dia mampu bagi empat orang je.

"Tiap hari dia mengadu tak tidur malam. Setiap kali suami tidur di rumah bini kedua, dia kata dia tak boleh tidur.

"Dia susah tidur sebab suaminya tiada. Dia rindu suaminya walaupun berpisah sekejap," cerita pengadu.

Selama ni dia cakap nak balik awal, nak masak, nak ambil anak sekolah, itu semua imaginasi dia.

PENGADU

Tidak terhenti di situ, dia mendakwa rakannya menjadi semakin beremosi sehingga perkara kecil bertukar menjadi perbalahan di pejabat.

Wanita itu juga meracau sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital, dipercayai akibat tekanan masalah perkahwinannya.

"Suatu hari dia gaduh dengan offfice mate lelaki sebab hal kecil. Dia end up menangis, menjerit, kejang-kejang.

ARTIKEL BERKAITAN: Jurutera gaji 18K nikah bini nombor 2! Isteri pertama tolong carikan... Beban berkurang, bahagi ‘tugas’ layan batin suami dengan madu

ARTIKEL BERKAITAN: Suami fikir panjang, tak terima bulat-bulat restu isteri suruh poligami - “Perempuan lain pun belum tentu boleh dapat anak”

"Kena bawa ke hospital, warded tiga hari. Test itu ini, dia sebenarnya berhalusinasi dan ada personaliti lain iaitu suaminya.

"Plot twist, mereka sebenarnya dah beberapa bulan bercerai. Hak asuh anak dapat kat suaminya.

"Selama ni dia cakap nak balik awal, nak masak, nak ambil anak sekolah, itu semua imaginasi dia," cerita pengadu.

poligami (2)

Setiap pasangan berkahwin pastinya mengimpikan kehadiran cahaya mata. -Gambar hiasan

Menurut pengadu lagi, bekas suami wanita itu langsung tidak datang melawat, sebaliknya hanya dia dan rakan-rakan sekerja yang rajin menjenguk di hospital.

"Penyakit dia kantoi sebab time warded, dia bercakap sendiri. Dia siap kenalkan the person dalam imaginasi dia kepada jururawat dan doktor.

"Padahal waktu itu tiada keluarga ziarah dia. Dia anak yatim piatu. Keluarga yang dia ada hanyalah bekas suami dia.

"Tapi bekas suami dia tak dapat dihubungi. Yang datang tengok dia pun kami je," ceritanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain