suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Biadab dan kurang ajar!” – Aaron Aziz bengang terima komen tidak senonoh

Aaron tidak berdiam apabila ada pihak yang biadab.

PELAKON Datuk Aaron Aziz sekali lagi meluahkan rasa marah apabila ada pihak yang berani meninggalkan komen tidak sopan di laman sosial miliknya.

Bagi Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 49, tindakan itu adalah keterlaluan, apatah lagi kata-kata tersebut turut melibatkan keluarganya.

Malah, dia juga kesal kerana menjadi sasaran komen sebegitu sedangkan dirinya tidak pernah mengganggu orang lain.

Perkongsian Aaron di Instagram. 

“Boleh tak sesiapa yang kenal orang ini? Biadab dan kurang ajar!

“Saya, anak-anak dan isteri tak pernah kacau orang. Tetapi orang masih suka cari masalah,” katanya.

Aaron berkongsi perkara tersebut dalam satu hantaran di Instagram miliknya pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aaron Aziz tak tenang anak disaman RM2 juta… “Kita tak tahu apa yang dia rasa” 

ARTIKEL BERKAITAN: Tekanan darah tinggi Aaron Aziz mencanak naik, ditipu agensi umrah RM90,000

Dia juga turut memuat naik tangkap layar akaun media sosial individu berkenaan selain komen yang ditinggalkan.

Pelakon ini turut kesal dengan sikap sebegitu yang kemudian mencari jalan penyelesaian mudah menerusi permohonan maaf.

Aaron kurang senang apabila ada yang meninggalkan komen tidak senonoh melibatkan keluarganya. 

“Lepas itu buat video minta maaf,” tulisnya.

Individu tersebut meninggalkan komen kasar dengan meminta Aaron pulang ke negara asalnya, Singapura.

Lebih teruk lagi apabila dia turut berkata perkara tidak senonoh yang melibatkan isteri dan anak-anak pelakon itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain