suria

Isteri teruskan rawatan IVF, Achey sedia ambil anak angkat kedua jadi adik Tiara

PELAWAK Achey memberitahu isterinya iaitu Anne akan meneruskan rawatan persenyawaan in vitro (IVF) dalam waktu terdekat ini.

Meskipun begitu Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 38, berkata sekiranya rawatan itu tidak berhasil, dia dan isteri bercadang untuk mengambil anak angkat kedua.

“Kami memang rancang untuk buat rawatan tahun ini cuma sekiranya rawatan tidak berjaya jadi kami akan mencari seorang lagi anak angkat.

“Tapi untuk mencari seorang lagi anak angkat tu kemungkinan terpaksa menunggu kakak saya beranak dulu sebab saya tidak mahu Tiara sunyi di rumah.

“Walaupun ada adik nanti namun Tiara tetap akan jadi permaisuri dekat rumah ni, tapi apa-apa pun kena tunggu hasil rawatan itu nanti macam mana dan harapnya berjaya la,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi