suria

Buang masa jawab kontroversi cium, Ismail Izzani akhirnya mengaku salah

Ismail Izzani mengakui kesilapan dan akan perbaiki diri.

PENYANYI Ismail Izzani secara terbuka mengakui kesilapan dirinya dan akan sentiasa ingat di mana dia berdiri sebagai seorang manusia biasa.

Bagaimanapun kata Ismail, 22, dia enggan menjelaskan apa-apa mengenai kontroversi melanda dirinya kerana merasakan tiada siapa peduli tentang perkara benar atau buruk selain enggan membuang masa.

"Apa-apa pun saya pandang ke depan dan memperbaiki diri. Biarlah keluarga dan kawan-kawan yang tahu dah lebih daripada cukup.

"Saya mengaku kesalahan saya dan sebagai manusia biasa, saya akan ingat di mana saya berdiri," katanya.

Ismail Kontroversi

Ismail menganggap tiada keperluan menjelaskan mengenai kontroversi melanda dirinya.

Ismail membuat penjelasan itu menerusi Instastory miliknya pada Sabtu.

Terdahulu, Ismail dilaporkan menolak permintaan pihak media yang mahu bertemunya selepas selesai membuat persembahan bersama Naim Daniel menerusi lagu Habis Sini di Semi Final Muzik-Muzik 37 (SFMM37).

ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Izzani ‘cabut’ selepas persembahan SFMM37, enggan bertemu media ulas isu bercium di kelab malam

ARTIKEL BERKAITAN: Shalma Eliana bersuara dakwaan kena ‘bomoh’, percaya Allah pelindung terbaik

Penyanyi itu dilaporkan pulang lebih awal ekoran enggan bersemuka dengan media bagi menjawab soalan berhubung kontroversi yang sedang melanda dirinya ketika ini.

Menjelaskan dakwaan dia melarikan diri daripada pihak media, Ismail menjelaskan dia tidak mahu membuang masa menjelaskan perkara tersebut kerana dia sudah mengakui kesalahannya.

Doakan yang baik-baik ya. Saya minta maaf untuk semua kesalahan yang saya lakukan.

ISMAIL IZZANI

PENYANYI

"Ingin saya jelaskan, saya tidak lari daripada anda (media). Jika anda ingin kata saya lari daripada media, teruskan.

"Saya tak mahu buang masa menjelaskan kerana saya mengaku kesalahan saya," ujarnya.

Sementara itu, Ismail turut memohon maaf dan meminta semua mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Bagaimanapun kata Ismail, dia tidak boleh berjanji namun akan berusaha menjadi lebih baik buat dirinya sendiri.

Ismail Izzani Pix

Ismail tidak mahu berjanji tetapi akan berusaha menjadi lebih baik.

"Doakan yang baik-baik ya. Saya minta maaf untuk semua kesalahan yang saya lakukan.

"Saya tak boleh janji apa-apa tetapi saya akan jadi lebih baik buat diri saya sendiri. Ini kehidupan saya, perjalanan hidup saya," katanya.

Menerusi hantaran berbeza, Ismail menunjukkan dirinya memegang pasport antarabangsa miliknya dipercayai untuk bercuti ke luar negara.

Namun tidak dapat dipastikan ke mana destinasi dituju penyanyi tersebut.

Ismail Izzani IG Story

Penjelasan yang dibuat Ismail di Instastory.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki mirip Ismail yang merangkul seorang gadis berpakaian seksi di sebuah kelab sambil mencium bahagian pipi dan leher dalam keadaan ghairah.

Susulan penularan video memalukan itu, akaun Instagram anak kepada penyanyi era 1980-an, Datin Suliza Salam diserang netizen yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak bermoral.

Tidak hanya Ismail, ibunya juga turut diserang netizen sehingga sanggup meninggalkan kata-kata kurang enak terhadapnya.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama penyanyi lagu Luar Biasa ini terbabit dalam kontroversi malah pernah dikecam kerana berpelukan dengan seorang pelakon wanita di kelab malam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain