suria

Syifa Melvin dan Safawi Rasid dah pakai inai, peminat mula beri ucapan selamat pengantin baharu

Syifa dan Safawi dalam majlis berinai yang diadakan pada malam Ahad.

TEKA-TEKI soal tarikh pernikahan pelakon dan pempengaruh Syifa Melvin bersama pemain bole sepak Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid semakin hangat diperkatakan apabila pasangan berkenaan diraikan dalam sebuah majlis berinai.

Majlis yang dipercayai berlangsung pada malam Ahad itu turut memperlihatkan Syifa dan Safawi turut diraikan oleh keluarga dan rakan terdekat.

Jari pasangan tersebut juga sudah memakai inai seperti petanda majlis sebenar sudah hampir malah Syifa turut berkongsi tentang majlis berinai itu di laman sosial miliknya.

Bagaimanapun pasangan ini memilih mengunci mulut berhubung tarikh sebenar mereka disatukan sebagai suami isteri dan meminta peminat menunggu sekiranya ada berita baik daripada mereka.

IMG_0169

Pasangan ini masih merahsiakan tarikh sebenar pernikahan mereka.

"Ada rezeki, jodoh, saya akan berkahwin. Korang jangan risau, stay tuned," kata Safawi ketika menjawab soalan peminat berhubung perkara itu di TikTok.

Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirul Melvin, 28, memberitahu sengaja merahsiakan soal hari pernikahan tersebut dan membiarkan peminat tertanya-tanya selepas heboh diperkatakan majlis resepsi mereka bakal berlangsung pada 3 Disember ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Heboh Syifa Melvin bakal nikah esok, Safawi Rashid kata ‘stay tuned’

ARTIKEL BERKAITAN: “Hangpa tunggulah ada ke tidak!” - Kecoh Syifa Melvin, Safawi Rashid kahwin 3 Disember... kad undangan dah tersebar

"Penat kami simpan rahsia tetapi kantoi juga. Tidak mengapa, biarkan sahaja sebab itu kami pun mendiamkan diri. Kalau tarikh itu, anda nak percaya, percayalah.

"Hangpa tunggulah 3 Disember ini, ada ke tidak," katanya menerusi siaran langsung di Instagram miliknya baru-baru ini.

Sementara itu, ada mendakwa pasangan tersebut bakal disatukan pada malam Isnin dan perkongsian mengenai majlis berinai itu membuatkan ramai mendoakan agar pasangan tersebut dipermudahkan urusan melangkah ke alam perkahwinan.

Ramai turut mengucapkan tahniah kepada pasangan itu menerusi komen di laman sosial.

Terdahulu, kisah perancangan perkahwinan pasangan ini menjadi bualan ramai dan beberapa tarikh turut disebut- sebut, sebelum tersebar kad undangan majlis pernikahan dan resepsi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain