suria

Shalma Eliana bersuara dakwaan kena ‘bomoh’, percaya Allah pelindung terbaik 

Shalma Eliana menjawab soal isu bomoh.

KONTROVERSI melanda penyanyi Ismail Izzani sejak beberapa hari lalu nampaknya turut mengheret nama bekas teman wanitanya iaitu Shalma Eliana.

Ini berikutan seorang wanita yang menggelarkan dirinya sebagai Mia Lara mendedahkan pernah melakukan perbuatan syirik terhadapnya.

Menjawab mengenai dakwaan itu, Shalma atau Shalma Eliana Bruhanutheen, 22, hanya mampu memohon perlindungan Allah agar dijauhkan daripada perkara syirik.

Katanya yang kini berada di London, dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk memberi respon terhadap dakwaan tersebut namun berharap tiada sebarang perkara buruk berlaku kepadanya.

yana2 - 1

Yana sentiasa berdoa agar dirinya terus dilindungi.

"Sebenarnya saya tidak tahu macam mana nak respon tentang perkara ini. Tapi kita doa sahaja supaya kita sentiasa dilindungi dan dijauhkan daripada perkara tidak diingini," katanya.

Shalma berkongsi perkara tersebut menerusi ruangan Ask Me Question di Instastory.

ARTIKEL BERKAITAN: Shalma Eliana kini dikenali sebagai Yana, Hati taruhan pertama bersama Yonnyboii

ARTIKEL BERKAITAN: Shalma Eliana mohon maaf kepada Bunga Isme, kesal dituduh ada hubungan dengan Ismail Izzani - "Dia baik, bukan punca kami berpisah"

Dalam pada itu, pelakon dan penyanyi itu juga memberitahu dia tidak perlu takut dengan dakwaan wanita terbabit kerana percaya Allah sentiasa ada melindunginya.

"Allah ada dengan kita. Kita nak takut apa. Dia akan melindungi kita," jelasnya.

Doa sahaja supaya kita sentiasa dilindungi dan dijauhkan daripada perkara tidak diingini.

SHALMA ELIANA

PENYANYI & PELAKON

Sementara itu, menjawab mengenai soalan tentang peribadi, Shalma memberitahu bukan mudah untuk dirinya meneruskan kehidupan selepas berpisah dengan Ismail Oktober tahun lalu.

Jelasnya, ketika ini dia masih mempunyai masalah kepercayaan terhadap orang lain dan lebih selesa bersendirian daripada mempunyai teman lelaki.

yana1 - 1

Antara soalan yang diterima di instastory.

"Saya dah tak tahu macam mana nak suka orang dah. Tak tahulah sama ada trauma atau tidak. Saya rasa ia berkenaan dengan isu kepercayaan.

"Nak berkenalan dan pergi keluar makan boleh sahaja, tapi crush tak ada," jelasnya.

Sebelum ini pasangan tersebut memutuskan untuk mengakhiri hubungan mereka dan sepakat membuang cincin berlian yang pernah diberikan ke dalam sungai.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain