suria

Tular video lelaki mirip Ismail Izzani bercium di kelab malam… Peminat luah kecewa minta bertaubat

Wajah lelaki mirip Ismail bercium di kelab malam menjadi bualan ramai.

NAMA penyanyi Ismail Izzani kembali menjadi sasaran netizen selepas tular video seorang lelaki dikatakan mirip wajahnya berciuman di sebuah kelab malam.

Gara-gara rakaman tersebut, peminat meluahkan rasa marah dan mahukan penjelasan daripada penyanyi berusia 22 tahun itu.

"Baik-baik aku okey dengan dia ni, terus benci. Geli!.

ismail izani 22

Peminat mula memberi komen di Instagram Ismail selepas tular video tersebut.

"Kecewa dengan dia ni. Kaki kelab rupanya.

"Dulu lain, sekarang lain. Sekali Allah tarik nikmat dahulu. Semua boleh berubah. Ismail, kembalilah ke jalan yang benar," komen netizen pada hantaran terbaharu di Instagram miliknya.

Baru-baru ini tular rakaman video lelaki mirip Ismail heboh dikatakan apabila sedang asyik berpesta di sebuah kelab malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu peluk Zarina bikin Ismail tak tenang, sukar tidur malam

ARTIKEL BERKAITAN: Aedy Ashraf dikaitkan individu menari, peluk perempuan di kelab malam

Menerusi video itu, lelaki tersebut dilihat berpelukan sambil menari dan kemudian mencium pipi dan leher seorang wanita.

Selain kecaman, ada juga dalam kalangan netizen yang memberi nasihat buat Ismail supaya berubah dan sentiasa menjaga nama baik keluarga.

Dulu lain, sekarang lain. Sekali Allah tarik nikmat dahulu. Semua boleh berubah

NETIZEN

"Saya peminat awak support semua lagu awak. Tapi bila kes macam ini saya memang kecewa. Kita ada agama, ada benda boleh buat dan tidak.

"Tolong jangan melampaui batas. Saya harap dengan terbuka aib awak ini, awak dapat muhasabah diri. Buat solat taubat dan jaga air muka keluarga.

"Allah beri ujian sebab sayang. Ingat Mail, mak ayah bangga awak jadi artis dan ada pendapatan sendiri. Jangan hancurkan hati mereka. Ini baru sikit Allah jentik. Moga Mail jadi lebih baik," nasihat peminat.

ismail izzanni 33

Ismail dikatakan tidak serik dengan kejadian lalu.

Usaha mStar mendapatkan penjelasan Ismail berhubung kontroversi ini bagaimanapun tidak berjaya apabila panggilan dan mesej dihantar tidak berjawab.

Nama anak kepada penyanyi Datin Suliza Salam sebelum ini juga pernah mencetuskan kemarahan peminat atas tindakan sama selepas berpelukan dengan seorang rakan artis senior pada tahun 2018.

Menganggap ia sebagai satu ujian ketika masih berumur 18 tahun, Ismail berjanji akan lebih berhati-hati dan berharap peminat dapat menerima kembali dirinya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Putrajaya banjir selepas satu jam hujan