suria

Netizen tanya Ismail Izzani dah kena ‘rotan’ ke belum, ibu tampil balas komen sarkastik di Instagram

Suliza menghargai segala teguran yang diberikan netizen.

SUSULAN penularan video memaparkan aksi sumbang dikatakan mirip wajah Ismail Izzani, ibu kepada penyanyi berkenaan menjadi mangsa kecaman netizen di media sosial.

Rata-rata menyalahkan ibu Ismail iaitu Datin Suliza Salam, 57, yang didakwa tidak pandai menjaga anak selain memintanya menegur penyanyi berkenaan memandangkan ini bukan kali pertama dia terlibat dalam kontroversi.

Tidak mampu lagi berdiam diri, Suliza dilihat membalas komen biadab netizen yang disifatkan sebagai seronok mengutuk dan melemparkan fitnah terhadap dirinya dan keluarga.

Suliza memberitahu hanya Allah mampu memberi keampunan dan mengubah perbuatan manusia dan bukannya menerusi kata-kata orang lain.

mail1 - 1

Suliza tampil membalas komen biadab netizen terhadapnya.

"Nak, kamu nanti belum tahu juga, kan? Mengata anak orang memang seronok. Pengakhiran hidup siapa-siapa belum tentu.

"Allah yang Maha Pengampun. Bukan kata-kata orang yang akan ubah dia atau sesiapa juga, tetapi Allah. Fahamkan itu ya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tular video lelaki mirip Ismail Izzani bercium di kelab malam... Peminat luah kecewa minta bertaubat

ARTIKEL BERKAITAN: Isu peluk Zarina bikin Ismail tak tenang, sukar tidur malam

Terdahulu, nama Ismail, 22, menjadi sebutan ramai apabila dia dikatakan individu dalam video yang berciuman dengan seorang wanita berpakaian seksi di sebuah kelab malam.

Menerusi video itu, lelaki tersebut dilihat berpelukan sambil menari dan kemudian mencium pipi dan leher seorang wanita.

Allah yang Maha Pengampun. Bukan kata-kata orang yang akan ubah dia atau sesiapa juga, tetapi Allah.

DATIN SULIZA SALAM

PENYANYI/IBU ISMAIL IZZANI

Dalam pada itu, Suliza yang juga penyanyi era 1980-an memberitahu dia menghargai segala teguran dan mendoakan netizen agar Allah menjaga aib mereka.

"Syukur Alhamdulillah. Terima kasih atas tunjuk ajar dan teguran. Semoga Allah melindungi dan merahmati kamu sekeluarga. Dijauhkan daripada segala aib dan musibah," ujarnya.

Sementara itu, netizen masih meluahkan rasa tidak puas hati dan meninggalkan komen sarkastik berhubung kontroversi melanda Ismail di Instagram Suliza.

mail2 - 1

Ibu Ismail jadi mangsa kecaman netizen.

"Nak bertanya, Mail dah kena rotan belum? Sudah-sudahlah back up anak, benda sangat jelas," komen netizen.

Usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan Ismail berhubung isu tersebut bagaimanapun tidak berjaya apabila panggilan dan mesej dihantar tidak berjawab.

Ini bukan kali pertama nama penyanyi lagu Luar Biasa mencetuskan kontroversi malah pernah mencetuskan kemarahan peminat apabila pernah berpelukan dengan seorang rakan artis senior pada 2018.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain