suria

Mahu babak aksi nampak ‘real’... Fezrul Khan kata insiden cekik hanya kemalangan kecil, serik berlakon dengan Reen Rahim

Fezrul jelaskan situasi sebenar dakwaan cekik Reen.

PELAKON Fezrul Khan menjelaskan kejadian cekik Reen Rahim semasa penggambaran sebuah filem baru-baru ini merupakan insiden biasa yang sering berlaku apabila melakonkan babak aksi.

Menurut Fezrul, kejadian seperti itu bukanlah satu kesalahan besar sebaliknya hanya kemalangan kecil yang berlaku kerana menjiwai watak bagi menjayakan babak berkenaan.

"Saya dah banyak buat babak aksi, kemalangan begitu biasa berlaku sehingga boleh cedera. Kadang-kala apa yang terjadi di hadapan kamera tidak sama ketika sesi latihan.

"Dalam berlakon perlulah ada kerjasama antara semua yang terlibat. Saya buat begitu supaya nak real memberi kesan kepada penonton," katanya kepada mStar.

fezrul khan 2

Fezrul tolak bekerjasama dengan Reen.

Nama Fezrul sebelum ini hangat diperkatakan kerana dianggap keterlaluan dalam menjiwai watak ketika menjayakan salah satu babak filem Batu Syaitan.

Dalam aksi tersebut, dia dilihat merangkul leher Reen namun tindakan itu mengundang kesakitan dan tidak puas hati aktres berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Reen Rahim kesal Fezrul Khan enggan bertanggungjawab insiden cekik... siap tunjuk bukti video

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen kritik bela anjing, Fezrul Khan sudah rujuk al-Quran

Fezrul dalam satu kenyataan pula mendakwa Reen sengaja memperbesarkan hal berkenaan dan dia enggan bergandingan dengan pelakon itu dalam mana-mana projek pada masa akan datang.

"Aku dah lebih 20 tahun berlakon. Kau buat cerita apa ye? Ini filem seram. Faham ke tidak?

Kadang-kala apa yang terjadi di hadapan kamera tidak sama ketika sesi latihan

FEZRUL KHAN

PELAKON

"Atau kau sengaja nak tunjuk depan boyfriend kau? Lepas ni tak nak berlakon dengan orang macam ni. Berlakon untuk glamor. Sekarang kau tahu tak tahap berlakon kau di mana?" luahnya di aplikasi TikTok.

Sementara itu, Reen dalam satu temu bual memberitahu secara tidak sengaja telah meninggikan suara selepas insiden itu sehingga menyebabkan berlakunya perselisihan faham antara mereka.

reen rahim 11

Reen sudah menghubungi Fezrul menunjukkan kecederaan yang dialami.

Malah, aktres berkenaan mendedahkan sudah menghubungi Fezrul menunjukkan bukti kekasaran yang dilakukan oleh Fezrul.

"Dia masih tidak mengaku dan mengatakan perkara itu bukannya benar-benar berlaku. Saya sebenarnya mengharapkan selepas perbualan itu ada feedback positif daripada dia, tapi dah dia cakap macam tu, saya nak kata apa?

"Kalau dia cakap tak mahu berlakon dengan saya lagi, apa yang boleh saya cakap? Tapi, saya okay sahaja sekiranya perlu bergandingannya dengannya nanti," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain