suria

“Jangan play victim” - Mustika cuba bersemuka di TikTok live, Sajat ‘reject’ pula

ADIK kepada Nur Sajat iaitu Mustika mendedahkan cubaan bersemuka menerusi siaran langsung di TikTok abangnya itu tidak berjaya apabila usahawan sensasi itu menolak berbuat demikian.

Mustika berkata, dia sedia berdepan dengan Sajat kerana masih ada rasa kasih terhadap abangnya itu dan mahu kontroversi di antara mereka terlerai.

"Ada netizen beritahu Sajat minta pengikutnya invite saya dalam video siaran langsungnya sebab dia tidak tahu caranya tapi bila saya yang invite, dia reject pula.

"Jujurnya saya memang koyak bila dia reject invite berkenaan, saya memang cepat koyak mungkin sebab saya sayangkan dia.

1337036

Sajat membuat dikatakan tidak mahu ada kaitan apa-apa lagi dengan adiknya Mustika

"Saya mahu bersemuka dan selesaikan semua masalah di antara kami," katanya kepada mStar.

Terdahulu, Mustika menerusi Instagram mendakwa Sajat seorang kaki kelentong sehingga sanggup menganiaya orang lagi demi menampung kehidupan mewahnya.

Malah katanya, Sajat sanggup menggunakan nama adik bongsu mereka bagi membuat pinjaman bank sehingga namanya kini disenarai hitamkan pihak bank.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik Sajat tiba-tiba meletus! Tuduh abang kaki kelentong... “Kau penipu makan duit orang ramai”

ARTIKEL BERKAITAN: Adik Sajat tiba-tiba ‘meletup’, Mustika luah perasaan terbeban masalah abang sendiri

Tidak hanya itu, Mustika turut mempersoalkan pekerjaan dilakukan abangnya itu sejak menjadi pelarian di Australia.

Mustika memaklumkan kali terakhir dia berhubung dengan Sajat sekitar dua tahun lalu dan sejak itu mereka tidak pernah berkomunikasi ekoran timbul pelbagai salah faham di antara mereka.

Malah Mustika turut meminta Sajat agar berhenti berlagak play victim dan mengeluarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya dan keluarga.

Saya sendiri tak pernah berhubung dengannya, tapi jangan play victim.

MUSTIKA

ADIK NUR SAJAT

"Tiada siapa pun menggangu kehidupannya di Australia, rasanya dia tengah bahagia di sana malah disayangi peminat sejak mengakui dirinya lelaki.

"Saya sendiri tak pernah berhubung dengannya, tapi jangan play victim," katanya.

Menjawab pertikaian dia menyusahkan ibu bapanya sehingga berpindah masuk ke rumah mereka, Mustika menyangkal perkara tersebut.

Sebaliknya kata Mustika, dia tinggal bersama mereka bagi menjaga bapanya yang sedang sakit selain menemani ibunya memandangkan adik-beradik yang lain sibuk dengan urusan masing-masing.

"Sejak ayah sakit, saya tinggal dengan mak. Saya buat keputusan itu supaya dapat tolong mak dan teman dia di rumah.

_121558423_nur

Sajat kini menetap di Australia.

"Bukan nak menyusahkan mak sebab dulu saya memang tinggal sendiri tapi bila ayah sakit saya ambil keputusan tinggal dengan mereka memandangkan saya kini seorang ibu tunggal. Sekurang-kurangnya kami boleh jaga sesama sendiri," jelasnya.

Sementara itu, Mustika menyangkal dia cuba menumpang populariti Sajat memandangkan sejak usahawan itu mengaku dirinya seorang lelaki dia disayangi peminat.

Sebaliknya katanya, dia lebih suka hidup secara sederhana tanpa sebarang tumpuan memandangkan dia sendiri mempunyai pelbagai perkara yang memerlukan perhatiannya.

"Muka saya sama dengan Sajat, itu perkara yang tidak boleh dielakkan kerana kami adik-beradik. Tapi apabila orang kata saya tumpang populariti dia, memang pedih.

"Saya tak mahu populariti, saya ada hidup saya sendiri," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain