suria

Heboh Syifa Melvin bakal nikah esok, Safawi Rasid kata ‘stay tuned’

Syifa dan Safawi kunci mulut tarikh perkahwinan mereka.

PEMAIN bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT) Safawi Rasid minta peminat tidak bimbang dengan soal jodohnya apabila timbul khabar angin mengatakan dia bakal disatukan dengan pelakon dan pempengaruh media sosial, Syifa Melvin pada 28 November 2022.

Enggan mengesahkan perkara itu, Safawi, 25, sebaliknya meminta peminat menantikan sahaja sekiranya ada berita gembira berhubung perkara tersebut.

"Korang fasal kahwin, korang jangan tahulah, bila saya nak kahwin, dengan siapa saya nak kahwin.

Safawi minta peminat jangan ambil tahu bila tarikh kahwin.

"Ada rezeki, jodoh, saya akan kahwin. Korang jangan risau, stay tuned," katanya menerusi sebuah video di TikTok yang dimuat naik di akaun @yxasyx.

Dalam pada itu, peminat meluahkan rasa kecewa apabila pemain bola sepak berkenaan dilihat cuba menyembunyikan perkara baik meskipun tarikh dan kad undangan perkahwinan mereka sudah tersebar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Hangpa tunggulah ada ke tidak!” - Kecoh Syifa Melvin, Safawi Rashid kahwin 3 Disember... kad undangan dah tersebar

ARTIKEL BERKAITAN: Syifa Melvin jawab tuduhan jadi kaki kikis, nafi paksa Safawi Rasid kahwin cepat - “Tak pernah minta dia duit untuk sara hidup!”

Meskipun memahami privasi yang dimahukan pasangan berkenaan namun peminat berpendapat ada baiknya mereka berterus terang.

"28 November belah perempuan, tema putih, 3 Disember pula belah lelaki. Sepupu dia beritahu saya.

8456894659834

Kad undangan perkahwinan Safawi dan Syifa tersebar.

"Benda dah 'kantoi' buat apa sorok... 3 Disember ini dia sanding, patah hati saya nanti," komen netizen.

Sebelum ini, Syifa atau Nur Syifa Athirah Amirul Melvin, 28, juga enggan mengesahkan perkara tersebut meskipun kad undangan majlis bertanding di pihak lelaki tersebar di media sosial.

Kata Syifa, dia enggan menghebahkan tentang perkahwinannya itu kerana masih belum ada ikatan yang sah di antara mereka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain