suria

Isu dicekik Fezrul Khan, Iqram Dinzly minta Reen Rahim duduk rumah belajar masak

Iqram kongsi nasihat buat Reen.

PELAKON sensasi Iqram Dinzly dalam nada sinis meminta aktres Reen Rahim untuk duduk di rumah dan belajar memasak sekiranya tidak dengan cabaran dalam dalam dunia seni.

Iqram turut menasihatkan agar Reen tidak menjadikan insiden dia dicekik aktor Fezrul Khan ketika menjalani penggambaran filem Batu Syaitan sebagai isu besar sebaliknya perlu kental dan bukannya bersikap 'manja'.

"Buat Reen, saya percaya dengan aksi cekik mencekik ia membantu anda untuk lebih maju ke depan dalam dunia lakonan. Dalam bisnes kita kena terima untung atau rugi itu tetap untung. Pengalaman tidak boleh dijual beli namun jangan sampai mencacatkan atau mencederakan diri.

"Bagi saya kalau tak lasak, nak manja-manja duduk rumah belajar masak. Dalam industri ini kita kena belajar reda dan tabah serta tingkatkan prestasi," katanya.

fezrul 1

Reen mendakwa mengalami kecederaan selepas melakukan babak dicekik oleh Fezrul Khan.

Iqram berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, Iqram berkata, dia yakin Fezrul telah menggunakan teknik yang betul dalam lakonan ketika menjayakan babak tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Insiden ‘cekik’ boleh elak kalau tahu teknik lakonan, Ogy Ahmad Daud kongsi pengalaman buat babak tarik rambut

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu babak aksi nampak ‘real’... Fezrul Khan kata insiden cekik hanya kemalangan kecil, serik berlakon dengan Reen Rahim

Kata Iqram, dia tidak percaya Fezrul benar-benar mencekik Reen apatah lagi aktor itu bukan baharu dalam bidang lakonan dan pasti tahu teknik menjayakan babak lasak.

"Takkanlah Fezrul tak waras nak cekik betul-betul. Boleh tengok dia guna teknik yang betul. Dia bukan baru setahun jagung tak tahu caranya.

"Masalahnya orang sekeliling yang tiada ditempat kejadian sering melontarkan persepsi buruk dan tanggapan tidak betul," jelasnya.

iqram 2

Iqram sebelum ini turut terpalit kontroversi mencekik Mona Allen namun ia sekadar gimik mempromosikan drama.

Sebelum ini, nama Iqram juga pernah terpalit kontroversi apabila dia didakwa mencekik pelakon Mona Allen ketika penggambaran drama Hati Yang Dikhianati.

Bagaimanapun kedua-dua pelakon itu mengakui kekecohan tersebut hanya sekadar gimik untuk mempromosikan drama berkenaan.

Untuk rekod, Reen mengakui secara tidak sengaja meninggi suara selepas kejadian dicekik oleh Fezrul sebelum menghubungi pelakon tersebut menjelaskan keadaan sebenar serta menunjukkan kesan cedera dialaminya.

Fezrul dalam temu bual sebelum ini pula menjelaskan babak tersebut dilakukan dengan teknik betul dan kemungkinan berlaku 'kemalangan' kecil kerana apa terjadi di depan kamera tidak sama ketika sesi latihan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain