suria

Netizen ungkit kisah lama tak keluar mengundi, PRU15 Hairul Azreen dan Hanis Zalikha tayang jari biru 

Hairul dan Hanis tunjuk bukti keluar mengundi di PRU15.

NAMA pasangan pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha menjadi perhatian sejak pagi Sabtu gara-gara mereka tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 2018 atas alasan tuntutan kerja.

Ramai membuat spekulasi mereka tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini selepas pasangan berkenaan dipercayai sedang bercuti di Bangkok, Thailand.

Menepis segala kecaman tersebut, Hairul, 34, dan Hanis, 32, berkongsi foto mereka keluar mengundi buat pertama kali di laman sosial.

"Kami... first time!," kata mereka menerusi hantaran video di Instagram.

hairul 1

Kecaman warga Twitter terhadap pasangan tersebut.

Menerusi ruang komen, ramai menyokong pilihan mereka menjalankan tanggungjawab bagi memilih wakil rakyat dan kerajaan.

"Tahniah, akhirnya sah jadi warganegara Malaysia. Tak sia-sia guru sejarah mendidik mereka berdua dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ragam artis mengundi! Elfira Loy tak boleh tidur, Siti Elizad pula penat beratur tapi salah sekolah

ARTIKEL BERKAITAN: Paling awal sampai pusat mengundi, Azwan Ali siap bagi kata-kata semangat untuk Azmin

"Saya pun pertama kali di usia 26 tahun, yang penting ada kesedaran.

"Tidak mengapa. Masih belum terlambat untuk ambil berat fasal masa depan negara," komen netizen.

Terdahulu, satu akaun Twitter kembali membangkitkan isu pasangan berkenaan tidak keluar mengundi sebelum ini dan membincangkan sama ada Hairul dan Hanis akan membuang undi pada PRU15.

Hantaran tersebut menyebabkan Hairul dan Hanis menerima pelbagai kecaman kerana menganggap kedua-dua mereka tidak memperdulikan masa depan negara.

hairul 3

Hairul dan Hanis sentiasa menjadi perhatian peminat.

Selain itu, ada turut mengaitkan kehidupan mewah pasangan itu menjadi punca mereka mengabaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

"Hidup dalam kelompok T20, apa nak hairan. Apa yang berlaku pun tidak memberi kesan kepada mereka. Memang selfish.

"Hidup dia tak susah sebab itu tak kisah fasal mengundi tapi berlakon paling patriotik.

"Ini namanya pentingkan diri sendiri. Kita undi bukan untuk orang lain tetapi demi semua orang," tulis netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain