suria

Shahida berkerusi roda buang undi, Aliff Syukri tetap setia teman isteri tunai tanggungjawab

Shahida keluar mengundi menggunakan kerusi roda.

USAHAWAN kosmetik Datin Seri Nur Shahida tetap menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia apabila keluar mengundi walaupun berada dalam keadaan tidak sihat.

Shahida, 37, dilihat berkerusi roda sambil ditolak oleh suami, Datuk Seri Aliff Syukri ketika hadir di salah sebuah pusat pembuangan undi di Selangor pada Sabtu.

"Alhamdulillah, selesai mengundi. Tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia," tulisnya di Instagram.

Shahida yang sedang hamil anak keenam turut memuat naik video memperlihatkan dia duduk di atas kerusi roda.

shahida1 - 1

Shahida ditemani suami ketika turun mengundi.

Tidak hanya ditemani Aliff, kehadiran Shahida di pusat mengundi turut ditemani anak lelakinya, Ammar Ahyyan.

Dalam pada itu, Shahida berkata, sebagai sebuah negara demokrasi, rakyat berhak memilih pemimpin terbaik untuk menerajui negara.

ARTIKEL BERKAITAN: "Tengah sibuk buat live tiba-tiba menjerit sakit" - Aliff Syukri cemas isteri hamil 4 bulan alami pendarahan

ARTIKEL BERKAITAN: Anggap suami sebagai ujian, ramai puji Shahida tabah dan matang berdepan kontroversi Aliff Syukri

Menurutnya, siapa pun yang akan menang dan berjaya membentuk kerajaan, mereka perlu diraikan kerana ia merupakan suara majoriti rakyat Malaysia.

"Negara demokrasi rakyat berhak memilih siapa terbaik pada pandangan mereka.

Alhamdulillah, selesai mengundi. Tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

DATIN SERI SHAHIDA

USAHAWAN KOSMETIK

"Siapa pun yang menang dan akan membentuk kerajaan nanti, kita raikan sebab itulah pilihan majoriti rakyat Malaysia berbilang bangsa," katanya.

Tambah Shahida, tidak kira apa yang berlaku, kehidupan tetap perlu diteruskan untuk mencari rezeki dan yakin kerajaan baharu mahukan terbaik untuk rakyat dan negara.

Terdahulu, Shahida yang sedang hamil empat bulan mengalami pendarahan hingga terpaksa dikejarkan ke hospital dan tidak boleh berjalan selama tiga hingga enam bulan akan datang bagi mengelakkan perkara sama berulang.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain