suria

Anggap suami sebagai ujian, ramai puji Shahida tabah dan matang berdepan kontroversi Aliff Syukri

Shahida turut terkena tempias kecaman.

ISTERI kepada Datuk Seri Aliff Syukri turut menjadi sasaran kecaman gara-gara penularan video teaser usahawan sensasi itu yang memaparkan aksi kurang sopan bersama penyanyi Baby Shima.

Melihat apa yang berlaku sebagai satu ujian, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid menganggap setiap manusia akan diberi dugaan berbea dan kehidupan di dunia ini adalah tempat untuk terus belajar.

"Betul, Allah uji dengan suami. Tidak mengapa kerana Allah lebih mengetahui.

shahida 2

Netizen komen Aliff tak layak jadi suami Shahida.

"Ujian setiap orang berbeza-beza. Dunia ini bukan tempat untuk berehat," katanya.

Shahida berkata demikian sebagai membalas komen salah seorang pengikutnya yang mendoakan dirinya agar terus tabah dengan ujian menimpa Aliff.

Meninjau ruang komen pada hantaran sebuah video Shahida bersama anaknya, terdapat segelintir masih menyalahkan tingkah laku Aliff dan menganggap usahawan itu tidak sesuai bergelar seorang suami.

ARTIKEL BERKAITAN: “Isteri jadi pelakon sampingan” - Netizen dah muak layan drama Aliff Syukri tapi tertunggu-tunggu episod seterusnya

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu malu tindakan Aliff Syukri, minta segera bertaubat... Nasihat padam semua video menari gelek

Bagaimanapun ramai memuji sikap tabah Shahida selain merasakan wanita itu seorang yang matang dan tenang ketika dilanda ujian.

"Matangnya jawapan isteri dia. Tak layak dengan lelaki macam itu. Datin layak dapat seorang yang lebih baik.

"Ini bukan kali pertama Aliff buat perangai. Kali ini melampau sangat! Semua orang tahu sikap Aliff menjengkelkan sekarang ini, tetapi seburuk-buruk dia, Aliff tetap suaminya.

Ujian setiap orang berbeza-beza. Dunia ini bukan tempat untuk berehat

DATIN SERI SHAHIDA

"Doa yang baik-baik semoga Allah berikan hidayah kepadanya nanti," komen netizen.

Terdahulu, tindakan Aliff memuat naik video dirinya menyanyi bersama Baby Shima mengundang kecaman ramai sehingga dia mengambil keputusan mengundurkan diri daripada mengguna media sosial.

aliff ubat 1

Aliff membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram.

Biarpun menangis sambil teresak-esak memohon maaf, netizen bagaikan sudah muak kerana sebelum ini Aliff pernah menggunakan modus operandi sama.

Tindakan Aliff turut mendapat perhatian ibunya, usahawan Rozita Ibrahim yang meminta agar anaknya itu segera bertaubat dan tidak mengulangi kesalahan sama.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain