suria

Ibu malu tindakan Aliff Syukri, minta segera bertaubat… Nasihat padam semua video menari gelek

Rozita mohon Aliff tidak lagi kongsi video menari gelek.

MENGAKUI malu dengan tindakan anaknya, usahawan Rozita Ibrahim memohon agar Datuk Seri Aliff Syukri memadam semua video menari gelek di platform media sosial.

Berulang kali memberikan nasihat sama, Rozita merayu agar Aliff tidak lagi mengulangi perbuatan yang boleh mengundang kecaman netizen.

“Semua peringatan dah diberi, semua ilmu sudah disampaikan. Pukul sudah, dimarah sudah, dinasihati sudah. Teguran ulama pun ramai. Jangan angkuh. Murka Allah jangan dijemput.

rozita 2

Rozita ingatkan Aliff supaya menjaga nama baik keluarga.

“Minta kawan-kawan Kri (panggilan Aliff) padam semua video itu sekarang. Dalam YouTube sebelum ini juga. Mak teramat malu!

“Jika Kri sayangkan mak, jangan ulang lagi. Berhenti dari buat video begini. Jangan kongsi di YouTube semua video sejak Lucinta Luna atau siapa sahaja yang bergelek dari dulu sampai sekarang. Delete dan bertaubatlah dengan sebenar-benarnya,” katanya.

Rozita berkongsi perkara tersebut dalam satu hantaran di Instagram miliknya pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia tengah bodohkan satu Malaysia!” - Individu ‘pecah lubang’ Aliff Syukri guna gambar pil miliknya

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri umum tinggalkan media sosial, sambil menangis teresak-esak mohon maaf dengan keluarga

Luahan itu dibuat selepas Aliff memuat naik teaser lagu duet baharu bersama penyanyi Baby Shima berjudul Baby Sayang.

Dalam pada itu, Rozita turut menasihati anaknya itu supaya menjaga adab dan menghargai pengorbanan isterinya iaitu Datin Seri Shahida.

Minta kawan-kawan Kri (panggilan Aliff) padam semua video itu sekarang. Dalam YouTube sebelum ini juga. Mak teramat malu!

ROZITA IBRAHIM

“Ingat Kri, Ida (Shahida) dah cukup sabar. Dia peninggalan mak yang terbaik, wanita kiriman Allah yang terindah. Jaga adab, maruah, akhlak isteri dan anak-anak,” jelasnya.

Video yang dimuat naik oleh Aliff sebelum ini dihujani dengan kecaman netizen kerana memaparkan aksi kurang sopan Baby Shima menari gelek di sisinya.

aliff ubat 1

Aliff umum tidak lagi aktif di media sosial.

Sehari selepas tular di media sosial, Aliff membuat permohonan maaf secara terbuka dan menangis teresak-esak menginsafi perbuatannya itu.

Dia juga membuat pengumuman untuk tidak lagi aktif di Instagram dan mendedahkan dirinya mengalami masalah mental tahap dua.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain