suria

“Dia tengah bodohkan satu Malaysia!” - Individu ‘pecah lubang’ Aliff Syukri guna gambar pil miliknya

Aliff mengaku hidap masalah mental.

SELEPAS mengumumkan mengundurkan diri daripada media sosial pada malam Jumaat sambil menangis teresak-esak, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri mengundang kebimbangan orang ramai apabila memuat naik beberapa jenis pil di Instagram.

Aliff dalam satu hantaran yang sudah dipadam memberitahu pada bahagian kapsyen memohon agar mati secara tenang dan dalam iman.

"Matikan aku dengan tenang dan beriman," tulisnya.

aliff ubat 2

Naufal mendedahkan gambar yang dimuat naik Aliff adalah miliknya.

Bagaimanapun, seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Naufal Antezem mendedahkan gambar ubat-ubatan tersebut adalah miliknya yang dimuat naik pada 2020.

"Itu ke gambar pil yang dimuat naik oleh Aliff Syukri? Kalau betul, aku boleh sahkan yang dia tengah bodohkan satu Malaysia. Itu gambar ubat-ubat aku yang dimuat naik pada 2020.

"Kalau betul ini gambar yang dia upload dan gunakan, aku doakan dia terhindar daripada sakit yang ubat ini khususkan," dedahnya.

ARTIKEL BERKIATAN: Aliff Syukri umum tinggalkan media sosial, sambil menangis teresak-esak mohon maaf dengan keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri berani goyang ghairah dengan Baby Shima, netizen ingatkan tentang iman... “Fikir perasaan anak dan isteri”

Naufal memberitahu dia tidak berasa marah Aliff mengambil gambar tersebut tetapi berang kerana menganggap usahawan itu seolah-olah tiada hati perut mempermainkan perkara berkenaan.

"Mestilah aku marah. Bukan sebab dia 'rembat' gambar aku, tetapi sebab tiada hati perut main-mainkan benda ini," katanya lagi.

Menjelaskan mengenai pil berkenaan, Naufal menjelaskan pil berwarna ungu adalah Epilim, Luvox (putih) dan Lorazepam (biru).

Bukan sebab dia 'rembat' gambar aku, tetapi sebab tiada hati perut main-mainkan benda ini

NAUFAL ANTEZEM

Luvox kata Naufal adalah untuk meningkatkan mood supaya tidak memasuki mod kemurungan manakala Epilim akan seimbangkan di antara maniac dan kemurungan dan Lorazepam untuk tidur.

"Setiap hari, tiga jenis pil saya kena ambil kerana saya menghidap bipolar jenis dua," katanya.

Terdahulu, Aliff dalam beberapa hantaran di Instagram menangis teresak-esak memohon maaf kepada semua termasuk kepada ibu, isteri dan anak-anaknya.

aliff ubat 3

Aliff umum berundur dari Instagram.

Tindakan itu dibuat dipercayai selepas menerima kecaman hebat ekoran tindakannya memuat naik video teaser lagu terbaharunya bersama Baby Shima.

Video tersebut dihujani dengan kecaman netizen yang tidak bersetuju dengan aksi keterlaluan Shima bergelek selain sikap Aliff yang tidak serik.

Dalam salah satu hantaran dibuat, Aliff mengakui mengalami masalah mental tahap dua namun perkongsian itu telah dipadam.

aliff syukri 1

Video gelek Aliff dan Baby Shima dikecam teruk netizen.

"Selamat tinggal Instagram, awak adalah permainan terindah buat saya. Bukan senang nak berpisah dengan awak.

"Saya insan kerdil yang banyak dosa. Saya sebenarnya ada sakit mental tahap dua. Saya tak tahan dah. Dari kosong sampai tahap ini saya reda dan ikhlaskan demi kebaikan semua," tulisnya.

Ini bukan kali pertama Aliff membuat permohonan maaf secara terbuka malah sebelum ini pernah melakukan perkara sama selepas menerima kecaman teruk netizen.

Di sebalik ramai yang simpati, ada juga yang sudah muak dengan ‘markerting’ Aliff yang dikatakan sengaja mencari publisiti murahan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain