suria

Nama kena petik dengan ‘Diana’, Fazura kata tiada kena mengena dengannya

Fazura merasakan tiada keperluan untuk menjawab isu namanya dipetik seorang pengguna TikTok iaitu Diana.

PELAKON Nur Fazura merasakan tiada sebarang keperluan buat dirinya untuk mengulas isu berkaitan seorang individu dikenali sebagai Diana yang muncul ketika sesi siaran langsung TikTok oleh Neelofa dan memetik namanya.

Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 39, berkata, isu tersebut tiada kena mengena dengan dirinya selain tidak tahu menahu tentang isu yang sedang diperkatakan netizen.

"Saya rasa ini tiada kena mengena dengan saya, Diana ke apa nama tu.

Saya ada mendengar mengenai isu tersebut tetapi soalan ini tidak seharusnya diajukan kepada saya. Apa yang berlaku di luar sana saya tidak tahu menahu," katanya kepada media.

1692330

Siaran langsung Neelofa dan Haris diganggu oleh seorang pengguna dikenali sebagai Diana yang memetik nama Fazura.

Fazura ditemui ketika sidang media Faztival Fazura pada petang Jumaat.

Dalam pada itu, Fazura menegaskan dia lebih suka memberi fokus kepada perkara yang sedang dilakukan ketika ini berbanding mengulas tentang perkara yang di luar pengetahuannya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Korang tak boleh tengok aku lawa sangat” - Ifa Raziah ‘naik hantu’ jawab kontroversi bergelek di majlis akikah, sempat lagi sindir wartawan

ARTIKEL BERKAITAN: “Sesuai saya kena kecam!” - Rozita Che Wan akui khilaf pakaian dikatakan seksi, siap kena tegur dengan suami

Pada Rabu lalu, ketika sesi siaran langsung pasangan selebriti Neelofa dan suami, PU Riz, seorang wanita dikenali sebagai Diana sempat meninggalkan beberapa komen berbaur sindiran sehingga membuatkan pelakon itu kurang senang.

Dalam beberapa komen ditinggalkan Diana, dia merasakan jika Fazura mengeluarkan produk inai ia pasti lebih bagus.

Menganggap komen ditinggalkan individu itu sebagai serabut, Neelofa meminta menyekat akaun Diana.

"Tolong block si Diana ini, serabut betul komen dia," kata Neelofa.

Ekoran sedutan siaran langsung itu yang tular di media sosial, carian nama Diana trending di Twitter.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain