suria

Engku Emran solat Jebat jadi makmum… perkongsian video Noor Nabila ini jawab andaian rumah tangga retak

Video yang dikongsi Nabila jawab spekulasi rumah tangga bermasalah.

DESAS-DESUS mengenai keretakan rumah tangga kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor dengan suaminya Engku Emran terjawab apabila dia memuat naik video berdurasi 53 saat yang sekali gus menamatkan spekulasi kononnya hubungan mereka bermasalah.

Menerusi perkongsian di TikTok miliknya, Nabila, 38, merakamkan gelagat anaknya iaitu Jebat Jayden sedang solat bersama seorang lelaki sebagai imam namun wajahnya tidak kelihatan ekoran kamera diletakkan pada bahagian belakang.

Bagaimanapun, Jebat yang pada awalnya tidak perasan aksinya dirakam kemudian mengambil kamera tersebut dan meletakkan di bahagian hadapan sekali gus memperlihatkan wajah Emran yang melakukan solat.

nabila 23

Nabila dan Emran mendirikan rumah tangga pada Julai tahun lalu.

Pengikut TikTok usahawan itu rata-rata melahirkan rasa syukur dan gembira dengan video berkenaan kerana melihat ia cara Nabila menjawab segala persoalan berhubung isu rumah tangga mereka sebelum ini.

"Halus penjelasan yang diberikan terhadap spekulasi yang tercetus.

"Dalam video ini kena faham ada dua perkara. Pertama kecomelan Jayden. Kedua, perhatikan imam itu bagi menjawab segala persoalan netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Spekulasi rumah tangga dengan Engku Emran kembali hangat, Noor Nabila padam semua gambar suami di IG

"Kalau dia post tandanya mereka baik-baik sahaja. Lagipun minggu lepas tengok Instagram Story sepupu Nabila, elok jer mereka makan tengah hari bersama," komen netizen.

Spekulasi perceraian Nabila dan Emran mula diperkatakan apabila dia bertindak memadamkan semua gambar bersama di Instagram.

Halus penjelasan yang diberikan terhadap spekulasi yang tercetus

NETIZEN

Kisah mereka juga mendapat perhatian portal gosip Indonesia yang turut mendakwa hubungan pasangan ini bermasalah dan sudah pun bercerai.

Nabila dan Emran mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu.

Nabila sebelum itu pernah berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada Mac 2017 namun berpisah tiga tahun kemudian dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Jayden.

nabila 24

Nabila bersama anaknya, Jayden.

Manakala Emran pula sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Erra Fazira 2007 dan mereka mempunyai seorang cahaya mata iaitu Engku Aleesya.

Kemudian Emran kembali bernikah dengan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada September 2017 namun hubungan mereka hanya bertahan selama tiga tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain