suria

“Ingatlah masa korang bercinta, melamar secara live di TV” - Netizen minta Kamal Adli pujuk Uqasha Senrose

Peminat imbau momen Kamal lamar Uqasha ketika siaran langsung di televisyen.

SUSULAN pelakon Kamal Adli gagal menghadirkan diri pada sebutan pertama kes perceraian yang difailkan isterinya Uqasha Senrose pada pagi Rabu, peminat mula membanjiri ruangan komen di Instagram (IG) aktor berkenaan dengan pelbagai reaksi dan harapan.

Netizen tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat dan nasihat kepada pasangan itu agar tidak mudah putus asa dalam mengharungi ujian rumah tangga.

Malah terdapat juga peminat yang mengimbau kembali kenangan manis pasangan itu sewaktu zaman bercinta dan berharap agar hubungan mereka kembali pulih. 

Peminat harap Kamal dan Uqasha dapat kembali berbaik.

“Tolonglah pujuk Uqasha, buang ego jauh-jauh, lama-lama isteri akan turunkan ego dia juga. Semoga Kamal dan Uqasha kekal bersama hingga akhir hayat.

“Ingatlah masa korang bercinta, melamar secara siaran langsung di televisyen... Tolong jangan cerai, ingat balik momen bahagia bersama.”

“Alamak, tak sangka Uqasha sampai pergi mahkamah nak berpisah. Kamal kena pujuk dia 100 peratus, doa banyak-banyak supaya Uqasha lembut hati," tulis netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hilang sabar, tiada persefahaman punca Uqasha Senrose fail cerai terhadap Kamal Adli… “Jangan tidak hadir begini, saya pun ada kerja”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kamal Adli gagal hadir, prosiding cerai Uqasha Senrose ditangguh minggu depan… “Jika tiada jodoh ini pengakhiran mereka”

Untuk rekod, pada 20 Disember Kamal membuat kejutan apabila melamar Uqasha di pentas Anugerah Meletop Era 2020.

Terdahulu kes prosiding perceraian pasangan selebriti itu yang sepatutnya berlangsung pada pagi Rabu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur terpaksa ditangguhkan ke 28 Oktober depan.

Menurut peguam mewakili Uqasha, Nurfarhana Abd Manaf, penangguhan itu dibuat kerana Kamal tidak dapat hadir atas alasan kerja.

Sebelum ini, rumah tangga Kamal dan Uqasha mula menjadi perhatian netizen selepas mereka dilihat sudah tidak lagi mengikuti satu sama lain di Instagram sekali gus menimbulkan spekulasi kemelut rumah tangga semakin serius.

 

Uqasha ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada pagi Rabu.

Malah netizen juga mendakwa Uqasha mula memberi pelbagai bayangan mengenai kemelut rumah tangga mereka.

Untuk rekod, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Hawra Uqaira yang kini berusia 18 bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain