suria

Sweet Qismina hadiahkan seluar Muay Thai ‘custom’, Adam Lee sebak… Doa dapat beri kejutan ujian kehamilan selepas ini

Adam terharu dengan kejutan dibuat Sweet terhadapnya.

PELAKON Adam Lee tidak dapat menahan sebak apabila menerima hadiah istimewa daripada isterinya iaitu aktres Sweet Qismina sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-31 pada Ahad. 

Menerusi perkongsian Sweet di Instagram, Adam dilihat menitiskan air mata sebaik mengetahui hadiah tersebut adalah seluar Muay Thai yang ditempah khas dengan tertera namanya. 

Sweet atau Farhanna Qismina Supandi, 28, berkata, suaminya itu amat meminati sukan pertahanan diri itu dan dia memilih untuk menghadiahkan sesuatu yang benar-benar dekat di hati Adam.

Adam menangis terima hadiah hari lahri daripada isteri tersayang.

“Jadi, saya hadiahkan dia sesuatu yang dia dah lama nak, tapi selalu tangguh nak beli sebab katanya nanti dulu.

“Hidup mati suami saya ni memang dengan sukan Muay Thai. Jadi, saya tempahkan seluar custom jenama Yokkao siap dengan nama dia sendiri.

“Warna pilihan saya biru hitam iaitu warna kegemaran kami berdua. Seronok sangat bila tengok dia tersenyum gembira. Selamat hari jadi cinta hati,” katanya.

Dalam perkongsian itu, Sweet sempat menitipkan ucapan penuh romantis buat suami tersayang yang sentiasa menjadi sumber kebahagiaan dalam hidupnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Adam Lee dan Sweet Qismina elak ulas isu rumah tangga rakan selebriti, pilih jaga aib sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Sedar persaingan semakin sengit, Adam Lee dengar nasihat isteri jaga kualiti kerja

“Terima kasih sebab sentiasa memberi senyuman dalam hidup saya.

“Semoga Allah sentiasa melindungi setiap langkah awak,” jelasnya.

Sementara itu, Sweet berkata hadiah yang diberi mungkin tampak sederhana, namun mempunyai makna yang cukup besar buat mereka berdua.

Sweet harap dapat beri kejutan ujian kehamilan pula selepas ini.

Malah aktres itu turut meluahkan harapan di Instastory agar mereka dikurniakan rezeki cahaya mata sekiranya diizinkan Allah SWT selepas ini.

“‘Simple but memorable’. Doakan lepas ini saya dapat beri kejutan ujian kehamilan pula,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dan mendoakan agar pasangan ini terus bahagia serta kekal harmoni hingga ke syurga.

Untuk rekod, Adam dan Sweet mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain