PENYANYI Irene Catalina tiada masalah untuk melakukan gimik murahan jika langkah itu dapat membantu dirinya kembali menyerlah dalam industri hiburan tanah air.
Kata Irene, 47, dalam keadaan pasaran muzik yang semakin kompetitif, dia perlu lebih kreatif untuk menarik perhatian pendengar terutamanya dalam kalangan generasi baharu.
“Kalau boleh memang nak elak buat gimik murahan tapi kalau perlu kenapa tidak?

Irene tak merajuk dengan industri.
“Lagipun bukan mudah nak bersaing dengan generasi lebih muda daripada saya sekarang.
“Jadi jika perlu buat gimik, mungkin saya akan pertimbangkan,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Irene menjelaskan kehilangannya daripada radar industri hiburan sebelum ini bukan kerana merajuk, sebaliknya memilih untuk menumpukan perhatian terhadap kerja belakang tabir.
ARTIKEL BERKAITAN: Irene Terus Jadi Penyanyi Walaupun Ditipu
ARTIKEL BERKAITAN: Danial Kifli tak mahu orang kenal kerana gimik murahan, gigih usaha atas bakat sendiri
Malah Irene memberitahu dia ada sahaja mengambil tawaran persembahan nyanyian secara kecil-kecilan bagi mengekalkan momentum dan mengubat kerinduan terhadap dunia seni.
“Tidaklah, saya tak merajuk dengan industri, cuma saya fokus pada kerja belakang tabir seperti pengurusan acara dan pengurus pemasaran.
“Saya juga ada ambil tawaran menyanyi di majlis korporat untuk tambah pendapatan,” ujarnya.

Irene jadikan Siti sebagai sumber semangatnya terus menyanyi.
Mengidolakan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Irene berkata penyanyi tersohor itu menjadi sumber inspirasi utama untuknya terus kekal bersemangat dalam bidang nyanyian.
“Idola saya semestinya Siti Nurhaliza. Dia mempunyai karisma tersendiri dan saya hormat pada kerja kerasnya dalam industri.
“Tapi tak mungkinlah saya akan jadi sepertinya. Cuma saya mengidolakan dan menjadikan beliau pembakar semangat untuk terus menyanyi,” jelasnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


