INDIVIDU berstatus'anak luar nikah' tidak sepatutnya dipersalahkan atas dosa ibu bapa dan mereka berhak menikmati kehidupan seperti insan lain.
Namun kebiasaannya, golongan ini pasti berdepan kesan emosi selepas mengetahui status sebenar mereka.
Di TikTok, seorang remaja tular selepas berkongsi kisahnya yang dilahirkan sebagai anak luar nikah.

Anak luar nikah juga berhak menjalani hidup seperti orang biasa. -Gambar hiasan
Menurut remaja itu, dia pernah bertanyakan tentang statusnya, namun diberi jawapan yang tidak jujur oleh ibu.
"Saya lahir 11 Julai 2012, tapi mak ayah saya berkahwin 21 September 2012.
"Saya tanya mak, kenapa nama saya berbintikan Abdullah? Kenapa tiada nama papa?
- Remaja tertanya-tanya kenapa namanya berbintikan Abdullah?
- Dia sudah tanya ibu, namu diberi jawapan tidak jujur.
- Hanya tahu perkara sebenar selepas jumpa surat.
- Ramai netizen minta kuat semangat teruskan hidup.
- Beberapa individu senasib turut kongsi kisah di ruangan komen.
"Tapi mak saya kata papa tak datang masa pendaftaran nama. Tolonglah, bapa mana je tak datang masa daftar nama anak?" luah remaja itu.
Menurut remaja itu lagi, dia hanya mendapat jawapan sebenar selepas terjumpa sekeping surat yang disembunyikan ibu bapanya.
Tambahnya, dia lebih terluka kerana mengetahui perkara itu sendiri sebelum diceritakan oleh kedua-dua orang tuanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita anak tak sah taraf dihalang kahwin! Mak ayah masih nak sorok rahsia terlanjur zaman muda
ARTIKEL BERKAITAN: Rahsia anak tak sah taraf terbongkar di pejabat kadi! Bapa akhirnya mengaku pernah terlanjur dengan ibu sebelum nikah
"Saya jumpa surat pendaftaran nama dan ada nama bapa saya, kenapa tak beritahu kebenaran? Ia menyakitkan," tulisnya lagi.
Di ruangan komen, ramai individu memberi kata-kata semangat buat gadis itu agar terus kuat untuk menjalani hidup.
Malah, beberapa individu yang senasib dengannya turut berkongsi kisah masing-masing di ruangan komen.

Ibu bapa perlu sentiasa bersikap jujur dengan anak-anak. -Gambar hiasan
"Mungkin mak ayah awak ada kisah tersendiri. Yang paling penting, mereka besarkan awak dengan baik.
"Walau apa pun status, teruskan hidup ya. Masa lalu biarlah berlalu. Kadang ada sebab ia tersimpan dan tak diberitahu.
"Memang mereka salah. Tapi jangan pula awak sambung kesalahan tu," tulis beberapa netizen.


