suria

Lesung pipit pun sama! Mira Filzah anggap Tracie Sinidol ’kembar’ terpisah, peminat puji dua-dua jelita

Tracie dikatakan kembar Mira Filzah.

SEBELUM ini ramai mengatakan wajah Juara Dewi Remaja 2022 iaitu Tracie Sinidol mirip dengan pelakon Mira Filzah sehingga dia menjadi perhatian ramai.

Tidak menyangkal hal berkenaan, Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, 30, menyifatkan Tracie adalah 'kembarnya' yang telah lama terpisah.

Malah perkara itu turut dipersetujui oleh pengikutnya apabila Mira memuat naik foto bersama Tracie, 22, di Instagram miliknya yang memperlihatkan persamaan yang dimiliki mereka berdua.

miraa1 - 1

Wajah seiras Mira dan Tracie.

"Akhirnya saya berjumpa dengan kembar saya yang telah lama hilang," katanya menerusi kapsyen foto tersebut.

Dalam pada itu, peminat yang teruja melihat kedua-dua selebriti jelita itu dalam gambar sama mengakui persamaan yang terdapat di antara Mira dan Tracie yang tidak ubah seperti pasangan kembar.

ARTIKEL BERKAITAN: "Stop la!" - Tracie mahu dikenali atas bakat sendiri, enggan dibayangi nama Mira Filzah

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah mirip Mira Filzah, pelakon baharu Qasrina tak suka dibandingkan

Malah ada mencadangkan agar Mira dan Tracie bergambar bersama seorang lagi selebriti iaitu Qasrina Karim yang turut dikatakan mirip dengan aktres berkenaan.

"Apa kata tangkap gambar bertiga terus iaitu Mira, Tracie dan Qasrina. Kembar tiga... siapa kakak, siapa adik dan kak ngah.

"Kenapa sama sangat ni. Lesung pipit pun sama. Yang ini baru betul-betul sama," komen netizen.

Sebelum ini, Tracie pernah memberitahu dia enggan dibayangi oleh Mira sebaliknya mahu berdiri atas bakat sendiri.

"Saya sudah mencipta satu lagi title yang baharu (Juara Dewi Remaja), jadi berhentilah cakap saya ini Mira Filzah.

"Saya sudah berjaya menutup perkara itu dengan gelaran ini dan sekarang saya mahu berdiri dengan nama sendiri," ujarnya.

Tambah Tracie lagi, dia tidak menafikan gelaran tersebut memberi bonus buatnya menerima tawaran berlakon, namun baginya dia perlu mempunyai identiti tersendiri.

miraa2 - 1

Tracie enggan dibayangi Mira Filzah.

"Saya tidak nafikan gelaran itu memberi bonus untuk saya menerima tawaran berlakon dan peluang pekerjaan tapi saya tidak mahu nama saya ini tenggelam.

"Jadi, saya perlu ada identiti saya sendiri supaya orang kenal. Saya tidak mahu orang tanya, Tracie siapa? Kembar Mira Filzah. Mereka tidak tahu bakat saya,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain