suria

Sibuk di lokasi filem epik, sempat buka cawangan kedua gimnasium... Ramai jangka Andy Teh terlibat dalam prekuel ‘Mat Kilau’

Nama Andy disebut-sebut sebagai salah seorang pelakon filem terbaharu Mat Kilau.

PELAKON Andy Teh mendedahkan dia kini sedang terlibat dalam penggambaran sebuah filem epik yang bakal ditayangkan tahun hadapan.

Bagaimanapun Andy atau Andy Teh Kim Huat, 37, tidak dapat berkongsi lanjut mengenai projek berkenaan namun memberitahu penggambaran sudah 80 peratus siap.

"Kalau boleh banyak yang ingin saya kongsikan termasuk gambar di lokasi tapi buat masa sekarang saya tak boleh bercerita lanjut... Apa saya boleh beritahu dalam filem tersebut saya melakonkan watak antagonis.

"Ia sebuah filem epik dan kini penggambaran boleh dikatakan 80 peratus siap. Mungkin filem itu akan ditayangkan tahun depan. Tunggu sahaja nanti," katanya kepada mStar.

andy teh 1

Andy tidak sabar berkongsi filem terbaharu lakonannya.

Andy berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran gimnasium seni mempertahankan diri miliknya iaitu Elitez Mixed Martial Arts yang terletak di Shah Alam pada Sabtu.

Meskipun tidak berkongsi tajuk atau perkembangan terkini filem tersebut namun sebelum ini ramai meneka Andy merupakan salah seorang pelakon dalam prekuel filem Mat Kilau.

ARTIKEL BERKAITAN: “Orangnya ‘happy go lucky’ dan murah senyuman” - Rakan selebriti terkejut berita pemergian Syazlin Zainal

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Filem prekuel ‘Mat Kilau’ dalam perancangan, tapi tanpa Syamsul Yusof dan Adi Putra

Sementara itu, bercakap mengenai pembukaan cawangan kedua gimasium tersebut, Andy berkata dia sebenarnya mula berjinak-jinak dalam seni mempertahankan diri sejak 17 tahun lalu.

Kata Andy, pengalaman pernah menjadi mangsa buli di sekolah ketika berusia 10 tahun menjadi salah satu sebab dia mahu berkongsi ilmu kepada orang ramai tentang seni pertahankan diri.

"Saya memang pernah jadi mangsa buli tetapi tidaklah secara fizikal. Saya masih ingat sering diganggu oleh tiga orang rakan sehingga rasa takut untuk ke sekolah.

Apa saya boleh beritahu dalam filem tersebut saya melakonkan watak antagonis.

ANDY TEH

PELAKON

"Kemudian saya mula aktifkan diri dalam sukan taekwondo di sekolah sebab ketika itu saya terfikir untuk membalas semula perbuatan mereka, namun lama-kelamaan saya sedar seni mempertahankan diri bukan bertujuan membalas dendam.

"Apabila saya mula belajar, sasaran saya bukan lagi ke arah itu (balas dendam). Saya mahu membanggakan diri dan kedua ibu bapa dengan kemampuan yang ada," katanya.

Malah kata Andy, berkat usahanya dia pernah bergelar juara menerusi pertandingan peringkat antarabangsa pada 2020 yang berlansung di Petaling Jaya, Selangor.

andy teh 3

Andy juga aktif memberi kesedaran tentang masalah buli di sekolah.

Bercerita lanjut tentang penglibatan dalam sukan ini, Andy juga turut bekerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan menggerakkan kempen anti buli di sekolah sekitar Selangor.

"Apa yang saya lakukan bukan sekadar beri ceramah, sebaliknya lebih kepada mendekati pelajar sekolah untuk mengetahui masalah mereka.

"Ada yang menjadi mangsa buli dan juga pembuli. Dari situ kami akan terangkan kepada mereka tentang tindakan yang sepatutnya diambil bagi menghentikan budaya buli," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain